Sebaik dijulang pedang kalimah,
Mazmumah lupus dari diri...
Segerak langkah senafas penyudah...
Tetak, hiris, cantas mudah...
Halangan tetap diiring kalimah
Dunia indah palsu nyata
kan datang lagi,
bersiaplah...
bersedialah ...
Demi amanah ...
Darah yang tersiram mencurah...
sedia bermesra dengan tanah...
Demi Allah
Hj.Saiful Lizan Hj Suparman
(909am 1.9.2013)
Saturday, August 31, 2013
SI BODOH
Si bodoh itu berkelana...
singgah sepicing d pohon kelapa...
mengenal diri pokok kelapa...
oh..sungguh tinggi letak penawarnya ...
si bodoh dapat jawapan...
dijadikan bekal dijadikan penganan...
Jumpa si hilang d tengah jalan ...
Si bodoh kasi sedikit penganan...
si hilang kini menjadi nyata...
terzahir batin cemerlang cahaya ...
Si bodoh teruskan perjalanan ...
Diri tiada apa cuma kenal nabi dan Tuhan ...
Jumpa pula si bodohi d tengah jalan ...
lalu diberi sedikit penganan ...
Oh silap .. Engkau si bodohi adalah si bodoh...
Si bodoh itu aku .. dengan jaya kutemui diriku ...
Ohh .. Hiasan dunia cantik belaka ...
Selamat tinggal semua...
Aku tiada apa dan tiada siapa2...
Aku si bodoh teruskan perjalanan ...
Ke tempat kembali asal jadi ...
Dalam kandung Lam Jalalah ...
Aku syukur ...
Hj.Saiful Lizan Hj Suparman
31 Ogos 2013
615pm
Saturday, August 24, 2013
Friday, August 23, 2013
Sajak : Masa demi masa
Masa ... demi masa
Masa demi masa kini
Aku berlengging
dengan kain pelikat usang
berbuntil besar yang di dalamnya berisi sekotak mancis
aku memerun sebentar lagi
Masa demi masa kini
Aku berpakaian seragam hijau
Pakaian seragam hijau bintang tiga
Topi bintang tiga kupakai
Aku orang bintang tiga
Aku ketua bintang tiga
Tapi aku bukan 'ahli' bintang tiga
Kerana tugasku,
Mencantas leher-leher ...
Bintang Tiga
Bintang Tiga
Masa demi masa kini
Aku berpakaian celoreng
Melihat ketenangan
Melihat Keamanan
Melihat Kedamaian
Masa demi masa kini
Aku berjubah putih
Berserban putih
Berselempang merah
Kuuntai manik-manik tasbih
satu ... demi satu ...
mengingat yang SATU
Masa demi masa kini
aku berpakaian panglima
Aku pegang yang lima !
dengan kalimah
LAILA HA ILALLAH MUHAMMADAR RASULU LLAH !
Kita ...
Menang !
Menang !
- Hj.Saiful Lizan Hj.Suparman
(24 Ogos 2013 :1221pm)
(24 Ogos 2013 :1221pm)
Thursday, August 22, 2013
Pejamkan mata ...
Pejamkan mata ...
tetap ada cahaya yang terang
sungguh ...
'ia' benar-benar
TERANG
tetap ada cahaya yang terang
sungguh ...
'ia' benar-benar
TERANG
Wednesday, August 21, 2013
SEMUT-SEMUT BESAR ..
SEMUT-SEMUT BESAR ..
SEMUT-SEMUT KECIL...
semut-semut besar ...
semut-semut kecil ...
SEMUT-SEMUT KECIL...
semut-semut besar ...
semut-semut kecil ...
Monday, August 12, 2013
Saturday, August 10, 2013
PINTU
PINTU
Sebaik pintu itu terbuka ...
MAKA
Berbondong-bondonglah 'ia' masuk
Astaghfirullah innahu kana ghaffara
Astaghfirullah innahu kana ghaffara
Astaghfirullah innahu kana ghaffara
Sebaik pintu itu terbuka ...
MAKA
Berbondong-bondonglah 'ia' masuk
Astaghfirullah innahu kana ghaffara
Astaghfirullah innahu kana ghaffara
Astaghfirullah innahu kana ghaffara
Tuesday, August 6, 2013
Panji Hitam
Panji Hitam
Mana mungkin nampak...
kerana ia hitam...
di malam pekat ...
di atas
batu hitam pekat ...
Mana mungkin nampak...
kerana ia hitam...
di malam pekat ...
di atas
batu hitam pekat ...
Sunday, August 4, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)