Bila April menjelang tiba
Sedia berdiri depan pintu
Pandanganpun terus ke hadapan
Sedia membuat penerjunan
Jika payung tidak mengembang
Sila tarik payung cadangan
Jika dua-dua tak mengembang
Serahkan nyawamu pada Tuhan
Serahkan nyawamu pada Tuhan
Bila April menjelang tiba
Sedia berdiri depan pintu
Pandanganpun terus ke hadapan
Sedia membuat penerjunan
Jika payung tidak mengembang
Sila tarik payung cadangan
Jika dua-dua tak mengembang
Serahkan nyawamu pada Tuhan
Serahkan nyawamu pada Tuhan
❤️ Selawat ❤️
Masa zaman kanak-kanak
Cikgu: Murid, kenapa kita kena selawat?
Murid : Tak tahu cikgu.
Cikgu: Kita kena selawat sebab di akhirat nanti kita dapat syafaat nabi kita Muhammad saw
Murid: Baik cikgu.
Zaman dewasa
Ustaz : Hadirin sekalian, mengapa kita kena berselawat?
Pakcik: Nanti di akhirat kita dapat syafaat ustaz.
Ustaz: Benar. Namun sebagai seorang yang lebih dewasa, kita tak lagi fikir fasal ganjaran.
Maka kita selawat sebagai tanda kasih kepada nabi yang kita cintai ❤️
❤️ Solat ❤️
Masa zaman kanak-kanak
Cikgu: Murid, kenapa kita kena solatt?
Murid : Solat wajib cikgu, tak solat masuk api neraka.
Cikgu: Pandaiiiiii...
Murid: Baik cikgu.
Zaman dewasa
Sahabat A: Pada aku, selagi aku sebut "Aku kena solat, aku wajib solat, aku rasa terpaksa.
Apabila terpaksa aku rasa malas solat. Kalau solatpun rasa tak kusyuk. Tak tahulah
orang lain. Mungkin kalau orang lain ok saja."
Sahabat B: Habis tu, ko sebut macamana supaya ko tak rasa terpaksa bagai tu?
Sahabat A: Aku SUKA solat. Happy tanpa rasa terpaksa. Seronok mendirikan solat dan aku
dapat kusyuk. ❤️
Sahabat B: Alhamdu lillahh..🤲✨
❤️ Silat ❤️
Masa zaman kanak-kanak
Cikgu: Kenapa kita kena belajar silat ?
Murid : Untuk mempertahankan diri.
Cikgu: Bagus. Tepat sekali.
Zaman dewasa
Ustaz : Kenapa kita kena belajar silat?
Pakcik: Hukumnya wajib. Rujuk surah al-Anfal ayat 60
Ustaz: Wah! Pakcik tahu dari mana? Tahniah! pakcik. Ini jawapan orang dewasa lagi matang.
Selalunya dah dewasapun jawapan seperti budak-budak❤️
A: Rajin awak puasa sunat. Puasa 6, Isnin, Khamis, Ayyamulbidh. Awak memang
suka puasa sunat ya?
B: Suka? Hahahaha... Awak suka lapar ke suka kenyang. Suka kenyang kan? Saya pun suka kenyang. So saya puasa bukan sebab saya suka puasa tapi CINTA.
A: Maksud awak?
B: Cinta perlukan pengorbanan. Lapar adalah satu pengorbanan. Saya korbankan rasa kenyang demi cinta saya kepada Allah dan Rasul. Allah dan Rasul suka saya berpuasa. Saya berpuasa bukan suka tetapi kerana CINTA❤️
Lyrics:
Tidak semudah itu
Mentelah , mengagak atau menuduh hati
Begitu dan begitu..
Ia sangat dalam dan sangat RAHSIA
Persepsi membuta tuli
Menggelapkan hati sendiri
Tidak semudah itu
Mentelah hati individu
kerana hanya
ALLAH yang maha tahu.
Usah mudah rasa selesa
pada fasa bertenang
kerana tempoh itu
satu tempoh untuk belajar
pelajari makna dan nilai
tempoh bertenang
Usah mudah rasa selesa
kerana tempoh itu tidak terlalu panjang
sampai masa badaikan menjelang
untuk kita pelajari
betapa nikmaynya tempoh bertenang
yang dikurniakanNya
Usah mudah rasa selesa
dengan nikmat kasih dan cinta
halilintar mudah sahaja menjelma
bila-bila masa sahaja
Mintalah kepadaNya
agar tempoh bertenang manjadi satu hikmah
dan pelajaran yang amat penting
agar diri lebih bersedia
hadapi ujian yang lebih getir lagi menggila
Mintalah kepadaNya
dalam tempoh bertenang atau sebaliknya
agar minda hati dan lidah
sentiasa sriring seia sekata
ingat dan terus ingat
sebut dan terus sebut
hayati dan terus hayati
segala nikmatNya
hingga semuanya
terhenti.
Dunia
Meniti hari di usia senja
urat, sendi dan nadinya semakin lemah
zat nutrisinya semakin kurang
rohaninya juga semakin lemah
Asbab pelakon-pelakonnya yang 'sakit'
Asbab pelakon-pelakonnya yang 'mati'
Menjadi toksik yang amat beracun
lagi mematikan
Alhamdu lillah
Hujung usianya semakin jelas
memisahkan haq dan batil
agar roh lemahnya semakin kuat
menerima ujian yang lebih besar
dengan penuh redha
Penuh syukur
Assalamualaikum wbk.
Sekadar berkongsi:
Selama kita kenal seseorang dan selama itu kita memakai tag 'Yang Mulia' maka kita tidak pernah rasa sebarang percanggahan pemikiran mahupun pandangan. Namun satu hari, rakan kita tukarkan tag 'yang Mulia' kepada 'Babi', maka kita akan rasa satu kejutan yang amat sangat. Selama ini kita rasa seolah kita 'Yang Mulia' sepertinya. Maka cara terbaik saya lakukan ialah mendapatkan rakan yang juga ada tag 'Babi' juga. Walaupun merasa amat sedih kerana telah kenal hati budinya, namun tag 'Babi' ini bukan sahaja kita rasa hina. Tetapi kita mudah mengambil langkah untuk pergi jauh agar tidak menjejaskan tag 'Yang Mulia' kawan kita itu. Sedar diri itu lebih baik berbanding terus berinteraksi dengan rakan 'Yang Mulia' kita itu sehingga menjejaskan keselesaannya untuk terus berada dalam keadaan yang benar-benar mulia.
Sejak kecil aku suka memerhati manusia dan merasa sangat hairan dengan sikap dan tingkah-laku manusia. Aku pening memikirkan isu manusia yang tak habis-habis saban hari. Selepas membaca kisah Habil dan Qabil, kisah tugas-tugas para Rasul baru aku faham ini adalah dunia. Landasan menuju akhirat yang abadi.
Namun aku rasa sepi dan keseorangan sebab aku mahu sahaja berbincang mengenai manusia dan tentang ketuhanan tapi rata-rata manusia tak berminat. Asal aku mula bual tentang ketuhanan sahaja aku akan dipandang aneh. Maaf kata, bukan aku meletakkan syarat tapi bagi aku, kawan aku perlu berminat berbual tentang ketuhanan. Tiada.
Semakin menginjak dewasa dunia terasa semakin sepi sehinggalah aku ditemukan dengan 1,2 orang yang berminat berbincang tentang ketuhanan. Alhamdu lillah. Tapi orang hebat seperti ini tak panjang usianya. Aku sunyi kembali. Aku pelik dengan kehidupan manusia kini yang secara langsung membuat aku rasa asing dan terasing. Aku tak faham. Hanya kepada Allah aku mengadu dan berserah diri.
Sehingga satu hari aku 'berlepas diri dari dunia'. Aku nekad untuk duduk dalam dunia aku sendiri. Satu dunia yang aku sendiri sahaja tahu sebab di sisi mata orang lain, aku sama sahaja seperti orang lain, meneruskan kehidupan seperti biasa. Cuma aku tiada siapa-siapa melainkan Allah dan Rasulku.
Suatu hari, mungkin Allah mahu mengujiku sejauh mana kesetiaanku kepadaNya dan RasulNya. Aku ditemukan dengan seorang insan yang ikhlas, baik budi dan subhanallah bagi aku inilah kawanku. Ohh aku bertemu seorang kawan juga di dunia ini. Hampir sahaja aku rasa seolah kami sedarah sedaging senaluri.
Hmmm.. aku diuji pula apabila tiba-tiba dia meninggalkanku tanpa aku tahu sebabnya. Subhanallah. Pening aku memikirkan dan aku mengambil masa beberapa hari untuk kendalikan minda dan emosiku. Subhanallah. Aku sedar ini hanya satu ujian. Lafaz hati yang mengatakan aku hanya ada Allah dan Rasulku perlu dibuktikan. Subhanallah. Usah terpedaya dengan dunia yang serba menghias. Semua hiasan ini makhluk Allah dan sifatnya lemah. Bergantung hatilah kepadaNya yang maha kuat.
Hari ini 23.5.2024 aku atur langkah setelah kubersihkan semula minda, jiwa dan rohaniku. Teruskan kehidupan seperti biasa. Pagi-pagi lagi kita dah berjanji kepada Allah swt "Sesungguhnya solatku, pekerjaanku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt". Mana janji itu jika masih mengikat diri dengan dunia.
Aku berlepas diri kembali dengan bebas. Dunia hanya penjara bagi orang-orang tertentu dan lepas bebas bagi orang-orang tertentu. Bebas dalam rahnat Allah swt. Aku gembira. Sungguh gembira kerana aku kembali kepada pernyataanku,..
" Aku hanya ada Allah dan Rasulku".
🌺Life Is Journey From ALLAH To ALLAH🌺
Yang dikatakan sebagai bahagia itu ialah
apabila kita hampir...
benar-benar hampir
diri kita benar-benar hampir kepada
Allah & Rasulullah s.a.w
Yang lain-lain?
tadak..tadak..
Dunia hanya alat
yang menjadikan kita benar2 kenal Dia
dan rasulNya
Hanya Dia
Sejak kecil
Aku telah merasa aku tua
Aku benci dengan orang muda
Aku berkawan dengan orang tua-tua
Ya
Aku seorang tua
Yang semakin tua
Tak kenal orang muda
Hanya kenal
diriNya
Aku seorang tua
Yang semakin tua
kembali
kepadaNya
buat selama-lamanya
4.23am
16.6.2022
Sejak kecil aku telah berkata dalam hati
Aku tak mampu hidup
di atas dunia ini
Namun..
Sejak aku kenal dunia
Ketika mula melihat dunia
Aku berkata kepada diriku...
Ah..dunia .. biarkan dia di situ
Fitnahnya..tipu dayanya besar,,
Entah-entah aku tak mampu hadapinya
Duduk diam sajalah di situ.
Tapi aku cuba juga fahami dan dekati dunia
Ya..dunia marah kepadaku
asbab kebodohanku
Asbab ketidakcerdikanku macam orang lain
berkawan dengan dunia
Aku bodoh
Kini secara perlahan, aku atur langkah ke belakang
ke tempat asal itu
duduk diam-diam di situ
menghadapNya
Setiap detik..setiap ketika
Dunia
Aku telah tinggalkanmu
Aku hanya duduk di sini melihatmu dari jauh
sehingga aku benar-benar ke dunia itu
dunia hakiki.
16.6.2022
4.3am
Dari lembah terasing
CAHAYA RAHMAH
Gelap hitam pekat alam kehidupan
Teraba-raba menelusuri ranjau, liku berduri rasa bisa
di segenap saraf halus berseni
Terjatuh rebah ... penuh ketar, usaha bangkit kembali menggapai harapan
penuh harap
Menjeleria jauh dari sudut hati yang sangat dalam
Dalam detik masa itu,
Kelihatan tangan kamil bercahaya menghulur penuh mesra
Harapan terlihat semakin nyata dan mekar berbunga
Penuh arif menerangi sukma jiwa melihat cahaya dalam jiwa terpancar indah ke alam semesta
Lestari murni fikrah rohani ajsadi mengenal lorong abadi
Berperdu bekal usul cahaya penuh rahmah, empunya diri pembawa rahmah tersebar indah sekalian alam
Asbab rahmah untuk sekaliannya
Asbab rahmah untuk kita
Rahmah untuk semua.
20/10/2021