Sang musafir berkelana ...
membawa permata dalam jiwa
untuk di serah kepada hak
empunya hak...
40 tahun berkelana
banyak aku keakuan dijumpainya
masing-masing mengaku hak empunya hak
namun permata tak diberi sebarangan
kerana sipengaku tiada tanda
tanda hanya ada pada dia...
setelah dipertemu yang hak empunya hak ...
hairan takjub si berkelana
adakah ia benar-benar wujud
sekian lama tiada temunya
ini malaikatkah atau manusia...
Setelah nyata dipenyata...
Jelaslah akan soheh akan benarnya
Namun takdir Allah yang Maha kuasa
Sipenerima tidak mengakui
bahawa permata itu miliknya
usah mengarut mereka ceritera
urusan tuan, urusan tuan
urusan hamba, urusan hamba
Tidak mengapa, tiada mengapa
Hamba faham duduk perkara
Permata
hamba simpan kemas sampai ketikanya
berpisah nyawa dari badan
berpisah roh dari jasad
berpisah batil dari hak
kuserah kepadamu Tuhan
permata kugilap setiap masa
sebagai tanda syukurku kepadaMu
walau dapat bertemu walau seketika
ia bukan ilusi tapi nyata
dirimu
hak
yang empunya hak
No comments:
Post a Comment