Sunday, January 31, 2021
Friday, January 29, 2021
Thursday, January 28, 2021
MAKNA
Hari ni terlintas satu ilham
Sesetengah orang yg kenal Tuhan bukan mengasingkan diri dan sengaja jadi gila.
Tapi akhirnya tiada yang boleh dijadikan saudara asbab tiada yang kenal Tuhan sepertinya. Hidup jadi sunyi sebab tak ada orang mahu bercakap atau bermuzakarah tentang kebesaran Tuhan, kasih sayang Tuhan.
Hidup sangat2 tidak ada makna kalau dalam sehari tiada sembang tentang Allah dan Muhammad. Cuba try test. Amat mendukacitakan apabila kita lihat wajah2 yang sangat meluat apabila kita mula sembang tentang Allah dan Muhammad.
Mana ada sembang yang paling istimewa dunia dan akhirat kecuali sembang tentang Allah dan Muhammad? Tapi depa lebih best sembang selain Allah dan Muhammad. Member kata depa lebih suka sembang perkara 'lagha'.
Nak buat lagu mana kan? Sebab tu manusia2 yang cinta amat kepada Allah dan Muhammad ambil keputusan pergi jauh seperti ke dalam hutan dsb supaya dapat sembang lama2 dengan manusia yang benar2 kenal Allah dan Muhammad seperti dirinya. Siapa manusia itu? Ya! Dirinya sendiri! Soalan dan jawapan semua dah ada dalam diri. Sebab Allah amat kasih kepada orang yang amat kasih kepadaNya dan RasulNya. Mana mungkin jadi sesat melainkan jalan yang lurus sentiasa terbentang untuknya.
Tak sesat selagi dalam jalan syariat Muhammad saw.
Tuesday, January 26, 2021
RESPECT
Rasa respect ku tinggi
Kepada mereka yang berpuasa (sunat)
Jiwa, minda, rohani nya memang kuat.
Hebat!
Monday, January 25, 2021
TINGGI...JAUH
Ada yang terbang tinggi-tinggi
AIN
Anak saudara
Anak saudaraku menangis tak henti. Mengaruk. Emakku dukung pujuk-pujuk. Kasihan pula melihatnya. Aku dekati dan cium pipinya. Diam .. dan terus tidur. Ayahnya kata, "Amboi.. Pak Long cium terus diam dia yaa."
Anak saudara sebelah saudara - Skudai
Menangis dan menangis. Mengamuk dan lempar barang. Buatkan air dibcakan doa. Diminumkan. Diam..pulih sediakala.
Anak saudara sebelah saudara - KL
Menangis dan menangis..mengaruk sampai muntah-muntah. Ayahnya ghalit dok sembang dengan aku tentang kehebatan ilmu BATAMIM yang dipelajarinya. "Kalau ada apa-apa..gangguan ke apa..Zasss! jaa ," katanya. Sebab kasihan dekat anaknya, aku buatkan air dibacakan doa. Diam dan pulih sediakala. Tiba-tiba ayahnya keluar dari bilik memeluk beberapa botol air. "Sebelum balik buatkan lagi ye bang."
Naufal
Anak jagaan sebelah saudara. (Jaga anak orang) Menangis dan menangis. Minta dia buatkan air dibacakan surah anNas (40x atau 21x atau 7x atau 3x atau 1x) minumkan. Alhamdu lillah pulih sediakala.
Azizul
Cikgu SKPT2 minta tolong bantu anaknya yang menangis hingga hilang suara. Pegi rumahnya selepas solat Jumaat. Bersama-sama bapanya baca surah Yaasin. Minta dia tabur garam keliling dalam rumah. Air yang didoakan minta anaknya minum. Alhamdu lillah diam, pulih sediakala.
Felda Bukir Apeng
Seorang ustazah beritahu anak rakannya menangis tanpa henti seolah melihat sesuatu. Aku pergi ke Felda Bukit Apeng. Bersama bapa bayi..baca surah Yaasiin. Minta dia tabur garam keliling dalam rumah. Minumkan air yg dah dibacakan doa. Alhamdu lillah diam, pulih sediakala.
Jurulatih PSSCM
Rakanku kata adik iparnya seorang jrulatih PSSCM , anaknya menangis setiap hari sampai serak tak keluar suara. Seperti biasa kuminta seluruh isi rumah keluar (pergi rumah jiran dsb) dan aku dan bapa bayi baca surah Yaasiin . Minta dia tabur garam keliling dalam rumah dan minumkan air yang telah didoakan. Alhamdu lillah sihat pulih sediakala.
JARUM SAAT
SAYANG
SAYANG
Rasa ini tak mungkin
hilang
Walau diusahakan
untuk hilang
Selagi Dia
berkehendak
Untuk ia terus
bertakhta
di sini.
KAJIAN PERIBADI 2 – DOA
KAJIAN PERIBADI 2 – DOA
Salam, tumpang tanya, ada sesiapa yang tahu ayat Tawassul Silat Cekak? Asal usulnya dari mana? Aku agak sejak zaman para sahabat sebab ada kisah tentang itu. Almarhum YMGU pernah cerita. Yang aku fikir kita dapat di Tanah Melayu ni dari Panglima Ismail. Panglima Ismail ialah panglima kerajaan negeri Kedah dan tempatnya di istana.
Sejarah menunjukkan ketika penyebaran Islam ke Tanah Melayu, para sahabat juga masuk ke istana. Diterima jadi menantu Sultan. Sebab tu raja-raja Melayu semuanya bersanad sampai kepada Rasulullah saw. Jadi tak mustahil doa Tawassul ini juga sampai kepada Panglima Ismail melalui mereka yang terdahulu ini.
Berkenaan kisah YMGU pernah cerita, ada satu majlis ijazah tamat, tiba-tiba seorang ahli duduk di satu sudut rumah persatuan dan menangis. Apabila YMGU tanya, dia kata, "Dah lama dia mencari amalan ini. Rupa-rupanya ada dalam Silat Cekak. Ahli tu pernah kaji ayat tawassul ni ketika belajar di Mesir tak silap. Kemudian selepas belajar silat Cekak, dapat ayat amalan ni masa majlis tamat. Ahli tamat tu kata, ayat tawassul ni amalan para sahabat.
Subhanallah.
KAJIAN PERIBADI 1 – DNA
KAJIAN PERIBADI 1 – DNA
Suatu masa dulu aku pernah jemput penceramah hebat cakap berapi meletup-letup yakin 100% penyampaiannya di dalam satu ceramah motivasi keibubapaan .
Dia timbulkan persoalan kenapa 25 para Rasul namanya nama Melayu? Nama Arab tiada bin. Di dalam dunia ini bangsa Melayu saja ada bin.
So dengan mata ternaik ke atas (sebab boring) akupun salah seorang yang tak tahulah nak jawab macam juga mak2 bapak2 peserta motivasi keibubapaan tu. Oleh sebab boring dan tahu orang itu akan cantas balik kalau aku mintak bukti, so tiada jawapan. Dia tak bagi jawapan sampai sudah. So, jalan terbaik ialah diam dan bersabar.
So..dengan izin Allah maha kuasa, aku rasa hari ini , 4 Januari 2021 Allah beri jawapan kepada aku. Tadi, aku tengok video kajian DNA Melayu dan Islam. Lepas tu tengok pula video Melayu wujud di seluruh dunia. Dari segi sejarahnya, satu masa dulu Malaysia dan Nusantara mengalami banjir besar. Penduduk Tanah Melayu berhijrah ke serata dunia. Kajian menunjukkan sebahagian besar bangsa di dunia ialah cabang dari keturunan Melayu.
Melayu bukan cabang kerununan lain sebab Melayu adalah juga bangsa tertua di dunia. Penghijrahan itulah menyebabkan Melayu bertebar ke seluruh dunia termasuk Afrika Selatan dan Jepun. Jadi otak aku berfikir (izin Allah). Masa aku ke Gunung Ledang, Mount Ophir (Dalam Taurat) antara gunung yang tidak tenggelam masa banjir besar. Aku yakin banjir itu zaman Nabi Nuh. Dan aku yakin sebahagian penduduk Tanah Melayu yang masih ada bertunjang dari baki yang masih selamat di Gunung Ledang (mungkin gunung2 yang tinggi yang lain).
Dan...tidak mustahil Melayu juga tentu sudah sampai ke tanah Arab
melahirkan Rasul2 yang menggunakan bin itu tadi. Allahu akbar! Serta-merta aku
tadah tangan dan aku ucap "Terima kasih Allah". kerana telah berikan
aku jawapan ini. Mengukuhkan lagi sabda Rasulullah saw yang mengalirkan air mata
kerana rindukan ikhwannya. Sambil menghalakan tangannya mengarah ke sebelah
timur...ya siapa ihkwan baginda jika bukan yang namanya ada bin dan tidak
pernah pula berjumpa baginda tapi amat-amat rindukan baginda kerana naluri dan
darahnya ada dalam tubuh-tubuh ikhwan ini. Allahu akbar! Terima kasih Allah..
Terima kasih Allah. Terima aksih Allah. Allahu Akbar!.
ZAUK
ZAUK
27.12.2020
Sejak peristiwa itu...
(Dalam usia lebih kurang 14 atau
15 tahun, selepas solat terawih, imam akan baca doa..dan antara isi doanya ,
"Ya Allah, Kau terimalah..apalah kiranya berikan kasihanmu kepada
kami..ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau maha pengampun, ampunkanlah
kami...")
Aku hayati..fahami..rasai..
Aku rapatkan mata menikmati ,
menghayati..
Tiba-tiba
Datang satu rasa dalam hati...
Jauhhhh dalam hati
Nikmat (hanya istilahnya nikmat
sedangkan lebih daripada itu. Tak tahu nak istilahkan apa)
Sangat nikmat...hingga jika
dengan rasa itu sahaja, kita tak perlu makan, tak perlu minum, tak perlu tidur
dan tak perlu bekerja..kita boleh terus hidup..Allahu akbar!
Aku rasa tak tertahan2 nikmatnya
hingga rasa mahu dilepaskan dengan raungan yang kuat...keras-keras asbab rasa
yang amat2 menggembirakan, amat2 seronok dan rasa mahu menangis.
Namun Allah bagi pinjam
sahaja..bukan mutlak..
Aku manusia biasa.
Selepas peristiwa itu..aku
sentiasa perhati orang..terus perhati orang sebab mahu kongsi cerita
ini..pernah aku kongsi tapi orang seperti dengar sambil lewa seolah aku syok
sendiri..Lalu aku simpan sendiri..Aku perhati orang sebab rasa nak kongsi
cerita. Tapi tak jadi cerita.
Rasa nak cerita tapi aku yakin
orang takkan faham cerita aku
Tapi kalau aku tak cerita ,
macamana orang nak faham?
Berpuluh tahun aku cerita namun
orang tak faham.. dan
Akhirnya aku dapat JAWAPAN atas
apa yang terjadi
Allah hanya mahu aku bercerita
denganNya. Buat apa aku cari manusia sebab manusia makhluk yang lemah..amat
terbatas mindanya.
Maka
Yang paling tepat dan terbaik
tentulah Dia yang Maha tahu segala-galanya. Aku puas hati.
kerana
rasa ini Dia juga yang
menciptanya
sentiasa ingat setiap detik
setiap saat kepadaNya
Sentiasa dan
sentiasa.
SERANGKAI
MAHA PENGASIH
Mana mungkin aku dapat rasa hebatnya kasih
selain daripada kasih ini. Kasih dariNya.
TUNJUK
Yang ditunjukiNya...maka sudah ada haluan
itu untukmu.
SYUKUR
................................................................................................
PENUH
Dunia
Penuh fitnah
Aku seorang di sini
Menuju
dunia hakiki,
RASA
RASA
Jika masih ada rasa
itu...izinNya jua.
Kembalikan syukur itu kepadaNya
jua.
Hanya Dia yang Maha penyayang.
TAK PANDAI
TAK PANDAI
Bukan merendah diri tapi akui diri yang
sememangnya tidak pandai. Aku tidak pandai. Terima kasih Tuhan yang
izinkan aku meumpang tahu...jalan menujuMu.
KEMBALI
KEMBALI
Kelas latihan itu aku
rindu. Institusi warisan purba zaman-berzaman. Mengajak membimbing
memandu arah jalan yang lurus. Sampai selamat tiba di sana. Dunia hakiki di
sana.
InsyaAllah aku kembali pada
ketika dan masa yang Dia kata pergi. Kukongsi seperti dulu pesan2 mereka
yang terdaulu...kembali sejahtera kepadaNya.
PERISTIWA ITU
PERISTIWA ITU
Entah bagaimana usul asal mulanya
tiada begitu aku ingat. Ringkas kisahnya dia memandang suka kepada
aku. Aku hanya diberitahu jirannya menyihirnya. Aku tidak pandai hal ini.
Aku dengar saja.
Entah apa terjadi timbul fitnah
pula. Rakannya kata aku ganggu seolah memikatnya. Allahu akbar! Apa yang
berlaku di belakangku sampai jadi begini aku tidak tahu. Mereka buat apa?
Kumahu jumpa 4 mata dia dengan
rakan fitnah itu. Yang fitnah aku. Entah mengapa dia yang suka aku tu berubah
wajah tiba2 sebaik aku baca doa. Badannya seperti terikat. MasyaAllah. Aku
tidak pandai apa-apa.
Si pemfitnah mohon ampun
sungguh2. Mahu ajak rakan2 sipemfitnah utk mohon ampun kepada aku. Aku
tidak mahu. Aku khuatir hambur kata amarah. Allah tidak suka. Cukup aku kata
aku sudah maafkan segalanya.
Semoga dipermudah Allah.
KEBODOHAN ITU
Kebodohan itu ada dua
1. Bodoh yang bagus.
2. Bodoh tidak bagus.
Kujelaskan bodoh bagus sahaja.
Tiada mengaku kepandaian diri kerana hakikat diri tiada apa. Tiada
sikitpun hak diri kerana tiada sedikitpun cipta sendiri. Semua hakNya. Tugas
kita laksanakan tanggungjawab kita. Kebodohan diri yang tidak pandai apa-apa
melainkan sangat sedikit kemampuan kurniaNya untuk teruskan perjalanan yang
amat jauh ini. Selamat kembali kepadaNya .
PUISI
PANTUN PENYULUH
Pantun Penyuluh
Duduk bersimpuh si anak dara,
Sambil melipat sirih penyeri,
Semangat pendidik tekal membara,
Sedikit menerima banyak memberi.
Cindai disidai bawah lindungan,
Tidak rosak dimakan hari,
Pencelik minda hindari anganan,
Matlamat utama sentiasa sadari.
Mari masak buah berangan,
Bersama kopi enak dimakan,
Tenang dan sabar jadi keutamaan,
Membuat keputusan, mahupun tindakan.
Batang kelapa dibuat titi,
Anak-anak bermain di taman,
Kerja kemas lagi teliti,
Menjadi contoh sepanjang zaman.
Sungguh wangi si daun kari,
Campur gulai si ikan Toman,
Ilmu ditambah penganan diri,
Sebagai penguat minda dan iman.
Seruling dialun sungguh terkesan,
Anak muda memukat ikan,
Ilmu bukan sekadar hiasan,
Sebagai pengamal kita pastikan.
Walau berisyarat si batu nisan,
Rampai ditabur tanpa bersisa,
Ilmu dimanfaat generasi berterusan,
Tiada berpenghujung, bercahaya sentiasa.
SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN
5/5/2020
10.21am
SYAIR PERANTAU
Bersiap diriku ke perjalanan itu,
Jaraknya jauh beribu batu,
Berbekal tekad semangat yang jitu,
Berserah diri kepada yang satu.
Bekal diikat kemas beradat,
Ilmu dicanai molek berpahat,
Jasmani rohani sedia diperkuat,
Agar imanku tiada tergugat.
Kanan melangkah Bismillah diucap,
Agar berkat dapat dikecap,
Bersiul asyik alunan kelicap,
Mentari indah tiada terucap.
Dugaan mula perkenal diri,
Bertanya apa gerangan di sini,
Jiwa tersenyum jawapan diberi,
Perjalanan menuju redha Ilahi.
Tingkahnya bermuslihat berhati-hati,
Mindanya gelap sentiasa mati,
Kelihatannya seperti sering mentaati,
Tetapi kulit saja diuliti.
Isi tiada matlamat tak jumpa,
Sudahlah begitu penghasut pula,
Biarkan ia dengan kerjanya,
Asal usulnya jelas sentiasa.
Redha Ilahi ditemui kini,
Bersedialah jiwa untuk kembali,
Dalam kasih sayangNya abadi,
Berserta kekasihNya yang amat dikasihi.
SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN
5/5/2020
10.34am
GURU SYARIAT GURU HAKIKAT
Kenapa ilmu Tasawuf susah utk
dipelajari
Ada satu artikel yang saya terbaca dan ianya
agak menyentuh hati saya yang mana kita boleh kita fahami,renungkan,juga ambil
ikhtibar darinya terima kasih atas perkongsian sahabat-sahabat wallahuallam.
Semoga Allah memberi petunjuk dan
hidayahnya