Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a.
w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda
menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih
Bukhari
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan
datang.” – Sahih Muslim
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan
muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik)
dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah
manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat
Ahmad dan Hakim
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah
mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat
ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit
oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya
saja.” -Riwayat Ahmad
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara
tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita
dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat
ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum
pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu
dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu
dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput dan sungai-sungai.” - Sahih Muslim
No comments:
Post a Comment