Tuesday, September 17, 2013

SECALIT KOPI CUMA

Jubah putihku ...

Terpalit sedikit kopi ...
Aku cuai ...

ke sungai ...

dengan air mutlak itu
pulang pulih...

sediakala.

TAHU

Ya Tuhan ...

Kau Maha mengetahui segala sesuatu...




(1)
Surah AlMaa’idah. Ayat 007.


Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya) Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.


(2)
Surah Faatir. Ayat 038.
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.



(3)
Surah AtTaghabun. Ayat 004.
Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.



(4)
Surah AlAnfaal. Ayat 043.
(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya dan kalaulah Dia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.




(5)
Surah AlMulk. Ayat 013.
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.



(6)
Surah AlInsyiqaaq. Ayat 023.
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.



(7)
Surah Ali'Imran. Ayat 029.
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.







Saturday, September 7, 2013

Satu satu

1
yang satu

2
kalimah

3
bertiga-tiga

4
sahabat

5
tiang

6
nekad

7
yang nyata

8
Allahu akbar !

9
9 namaNya

10
kembali kepada yang satu