Monday, December 30, 2013

MELINTANG PATAH

Jalan lurus...

membujur lalu...

melintang ...

patah !

27 INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Terdapat 27 Institut Pendidikan Guru Kampus yang dinaiktaraf daripada maktab perguruan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang dinaik taraf;
  1. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
  2. Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu
  3. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau Pinang
  4. Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali Ismail
  5. Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar
  6. Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang
  7. Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun
  8. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Sultan Abdul Halim
  9. Institut Bahasa Melayu Malaysia kini IPG Kampus Bahasa Melayu
  10. Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
  11. Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman
  12. Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis
  13. Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh
  14. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas
  15. Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan
  16. Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam
  17. Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik
  18. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong Ibrahim
  19. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
  20. Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn
  21. Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang
  22. Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak
  23. Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razak
  24. Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau
  25. Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya
  26. Maktab Perguruan Keningau (MPK) kini IPG Kampus Keningau
  27. Maktab Perguruan Kent (MPKENT) kini IPG Kampus Kent

MANUSIA 1..2..3

Manusia 1:
Tak faham 
Faham dengan...
Andaian sendiri

Manusia 2:
Tak faham
Faham dengan...
Kaji mengkaji

Manusia 3:
Tak faham
Faham dengan...
BERTANYA
...jawapan
   dimiliki...

BENING ...

ADA

.... hanya


MU

Saturday, December 28, 2013

MUSTAID

Maka PASTIKAN

mustaid diri kita

sebagai mukmin sejati

sebelum

kembali .......

RASA PANDAI

Rasa pandai

= Bodoh

PALSU

Dunia ... 

Palsu ...

lihatlah

realiti

sebalik

'isyaratNya'

RAIKAN CINTA

CINTA NYA

Tuesday, December 24, 2013

MENYAMBUT DUA TUJUH (27)


  • 26 Januari 1531 - Gempa bumi di Lisbon, Portugal
  • 26 Januari 1700 - Gempa di Laut Pasifik
  • 26 Julai 1805 - Gempa bumi di Naples, Calabria, Itali
  • 26 Ogos 1883 - Gunung Krakatau, Indonesia meletus
  • 26 Disember 1861 - Gempa bumi di Egion, Greece
  • 26 Mac 1872 - Gempa bumi di Owens Valley, Amerika Syarikat
  • 26 November 1902 - Gempa bumi di Bohemia yang kini dikenali sebagai Republik Czech
  • 26 November 1930 - Gempa bumi di Izu Island, Jepun
  • 26 September 1932 - Gempa bumi di Ierissos, Greece
  • 26 Disember 1932 - Gempa bumi di Kansu, China
  • 26 Oktober 1935 - Gempa bumi di Colombia
  • 26 Disember 1939 - Gempa bumi di Erzinchan, Turki
  • 26 November 1943 - Gempa bumi di di Tosya Ladik, Turki
  • 26 Disember 1949 - Gempa bumi di Imaichi, Jepun
  • 26 Mei 1957 - Gempa bumi di Bolu Abant, Turki
  • 26 Mac 1963 - Gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun
  • 26 Julai 1963 - Gempa bumi di Skopje, Yugoslavia
  • 26 Mei 1964 - Gempa bumi di South Sandwich Island, Lautan Atlantik
  • 26 Julai 1967 - Gempa bumi di Pulumur, Turki
  • 26 September 1970 - Gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
  • 26 Julai 1971 - Gempa bumi di Solomon Island
  • 26 April 1972 - Gempa bumi di Ezine, Turki
  • 26 Mei 1975 - Gempa bumi di North Atlantik
  • 26 Mac 1977 - Gempa bumi di Palu, Turki
  • 26 Disember 1979 - Gempa bumi di Carlisle, England
  • 26 April 1981 - Gempa bumi di Westmorland, Amerika Syarikat
  • 26 April 1983 - Gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun
  • 26 Januari 1985 - Gempa bumi di Mendoza, Argentina
  • 26 Januari 1986 - Gempa bumi di Tres Pinos, Amerika Syarikat
  • 26 April 1992 - Gempa bumi di Cape  Mendocino, California
  • 26 Oktober 1997 - Gempa bumi di Itali
  • 26 Disember 2004 - Tsunami di Acheh, Indonesia
  • 26 Mei 2006 - Gempa bumi di Jogja, Indonesia
  • 26 Jun 2010 - Gempa bumi di Tasikmalaya, Indonesia
  • 26 Oktober 2010 - Tsunami di Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia
  • 26 Oktober 2010 - Letusan Gunung Berapi, Pulau Jawa, Indonesia
  • Sunday, December 22, 2013

    BERBEKAMLAH .......


    Faedah berbekam

    Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : “Hendaklah kalian berbekam pada tengah qomahduah kerana dapat menyembuhkan 72 penyakit”.

    1) Melancarkan darah dan menguatkan sistem saraf dalam badan.
    2) Mengaktifkan peranan sel darah putih
    3) Memberi keselesaan dan kesegaran badan.
    4) Membasmi kuman dan bacteria daripada merebak dan berjangkit semula.
    5) Mengaktifkan saluran pernafasan,pergerakan,percakapan,pendengaran dan sel otak.
    6) Menambah kekuatan otot
    7) Mengaimbangi daya tahan badan.
    8) Membuang darah kotor dan bertoksik yang menyebabkan penyakit.
    9) Mengeluarkan angin yang mengganggu sistem badan dan sebagainya

    Bila Waktu Sesuai untuk Berbekam



    Tarikh : 17, 19 dan 21 dalam takwim Hijrah,
    sebagaimana didalam beberapa buah Hadis diantaranya : diriwayatkan Tirmidzi , Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : Sebaik-baik kalian melakukan bekam adalah pada hari 17,19 dan 21.
    Hari : sebaiknya hari Isnin.
    Dilarang melakukan pada hari Rabu dan Sabtu (Rujukan Kitab Jamiáh), menurut riwayat lain hari tersebut boleh menyebabkan terkena keputihan dan belang pada kulit . Namun terdapat sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “pada hari Jumaat ada waktu yang jika seseorang untuk melakukan bekam boleh mengakibatkan kematian”. Menurut Abu Dawud dalam Kitab Sunannya makruh hukumnya berbekam hari selasa kerana merujuk kepada Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: ”Hari Selasa adalah hari dimana darah tidak mengalir”.
    Masa : Jam dua dan tiga siang dilakukan setelah mandi (Rujukan Kitab Qanun Fi Thib)
    Keadaan Diri : Dilarang ketika kenyang.



    ”Pada Malam Aku di Isra’ kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata: ” Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan Bekam” HR. Ibnu Maajah & At Tirmidzi.



    Saturday, December 21, 2013

    PANGLIMA SEJATI

    Hanya panglima sejati
    Nilai patriotis difahami dihayati 

    Hanya panglima sejati
    Menghargai nilai, adat dan budaya sendiri

    Hanya panglima sejati
    Benar2 sayang dan cinta agama dianuti

    Hanya panglima sejati
    Memiliki nilai kasih, sayang, cinta sejati

    Hanya paglima sejati
    Memandang semua perkara dengan pandangan selari

    Hanya panglima sejati
    Boleh dipercayai untuk menjaga diri

    Hanya panglima sejati
    PEGANG yang LIMA kerana kasih abadi kepada ILAHI

    SEMAKIN...dan SEMAKIN

    Semakin mencari-cari keburukan orang lain...
    Semakin banyak nilai buruk di jangkai ...
    Semakin banyak nilai ukhuah dicurigai ...
    Semakin kuat hasad dan dengki ...
    Semakin seronok iblis syaitan mengepalai ...

    Semakin melihat dan memandang kebaikan orang lain...
    Semakin banyak nilai kebaikan dihargai ...
    Semakin bertambah nilai ukhuah Islamiah dibajai ...
    Semakin murni jernih jiwa nurani ...
    Semakin benci Iblis syaitan mendekati ...

    pilihan ...

    di

    tangan

    sendiri ...


    Wednesday, December 18, 2013

    TERIMA KASIH

    Terima kasih Allah

    Terima kasih Allah

    Terima kasih Allah

    hanya kasihMu

    ku ..................

    TAJAM

    Pastikan tajam ...

    Marikh dan merikh yang diputuskan ...

    Tiada terasa ...

    Dalam aman ...

    kembali

    kepada

    penciptaNya

    TIDAK DISEDARI

    Mengaku diri hilang kusut hilang serabut...

    Jiwa kini tenang dan lapang....

    Disangka bijak diri masalah diatasi...

    Rupanya berkat doa ...

    daripada yang dimusuhi sendiri

    Monday, December 16, 2013

    TIADA SIAPA-SIAPA (تياد سياڤا٢) post ka- 100



    درڤد تياد کڤد اد دان کمودين تياد حقيقتڽ اد. اکو هاڽ اد الله دانرسولکو.......

    Friday, December 13, 2013

    TERLAJAK PERAHU (post ke 99)

    Pesan orang tua-tua:

    Terlajak perahu boleh diundur,

    terlajak kata buruk padahnya
    Terlajak kata tak bisa diundur
    Berfikirlah dahulu , sebelum mengutarakannya

    TOPENG

    Masakan....

    Orang yang bertopeng

    bisa dilihat

    'wajah' sebenarnya.......

    Wednesday, December 11, 2013

    PERANG YANG LAGI SATU


    PERANG YANG LAGI SATU


    Ini bukan peperanganmu
    Mbah tertawakan aku
    Hanya sistem kekalutan
    Yang tak perlu kau tahu
    Bahkan lebih menguntungkan
    Kau serap dalam meraka
    Tapi kau bukan mereka
    Bukan mereka

    Bagaikan realiti
    Jatuh bangun kerajaan dunia
    Dan semua mengejarnya
    Atas nama kemajuan
    Perang tak boleh di elakkan
    Hari ini atau esok
    Pasti berlaku, pasti berlaku

    Ya salam....
    Ya salam....

    Kenal dulu ketakutan
    Yang kau simpan
    Malu nak lepaskan
    Kenal dulu kekuatan
    Yang kau ragukan

    Aku bertanya mbah lagi
    Perang apa yang lebih menakutkan
    Katanya takkan kau tak tahu
    Pesan baginda mu dulu
    Perang itukah maksudmu
    Maksudmu yang lagi satu
    Yang lagi satu....
    Yang lagi satu....

    Ya salam.....
    Ya salam.....oh....
    Ya salam....

    Kenal dulu ketakutan yang kau simpan

    Menyinsing subuh syafili
    Pulanglah mereka...ke penjara
    Masing-masing...


    LAGU: M.NASIR
    LIRIK: M.NASIR

    PERANG BESAR (post blog ke - 27)

    LAGU GAMELAN: PERANG BESAR


    "Aku bertanya Embah lagi...perang apakah yang lebih menakutkan?
    katanya takkan kau tak tahu, pesan Bagindamu dulu... "Perang itukah maksudmu? maksudmu yang lagi satu? ...yang lagi satu"
    ya Salam.....ya Salam.......Ya Salam...


    - M.NASIR

    WAHAI MURIDKU


    DENGARKAN INI WAHAI MURIDKU
    PESANAN TEMURUN SEJAK DAHULU
    AMANAH DARIPADA RAJA PENGHULU
    AMALKAN IA USAHLAH JEMU

    HENDAKLAH PATUH TAATLAH KAMU
    KEPADA SEMUA YANG MENGAJARMU
    HAKIKAT SAMPAI MATLAMAT ILMU
    SAMPAI KENAL GURU SEBENAR GURU

    LIMPAHAN KASIH SAYANGNYA IBU
    SEPENUH HATI TAATLAH SELALU
    SEPATAH KATANYA MAKBUL SERIBU
    BERKHIDMAT KEPADANYA USAHLAH JEMU

    SAYANG AYAH TIADA PENYUDAH
    MENDEWASAKANMU SUSAH DAN PAYAH
    TEGUR DIDIKNYA DENGARLAH PASRAHLAH
    MASA DEPANMU CEMERLANG TERSERLAH

    MENGULANG KAJI USAHLAH CULAS
    KUATKAN AZAM PENUH IKHLAS
    TIDAK TERBAZIR WALAU SEBUTIR BERAS
    BAKTI DITABUR BUDI DIBALAS

    JADILAH HAMBA SEBENAR HAMBA
    KEPADA GURU, IBU DAN BAPA 
    BUKAN SEKARANG UNTUK FAHAMNYA
    KELAK KAU TAHU ERTI BAHAGIA

    JADI HAMBA SEBENAR HAMBA
    KEPADA GURU, IBU DAN BAPA
    TAAT SUNGGUH-SUNGGUH KEPADA MEREKA
    BARULAH MENDAPAT KEREDHAAN YANG  ESA

    11/12/13
    9.03PM








    PANTUN SILAT CEKAK


    LAMBANG PSSCM
     

    Lahirnya Cekak kerana kesedaran
    bukan bermusuh sebagai tujuan
    untuk mendaulatkan seni kebangsaan
    mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

    Silat Cekak benar-benar asli
    tidak bercampur hak luar negeri
    hendaklah belajar bersungguh hati
    untuk menjaga diri sendiri

    Silat Cekak tersangatlah mudah
    bagi mereka yang mendapat hidayah
    sungguhpun begitu hendaklah tabah
    InsyaAllah mendapat faedah

    Silat Cekak pada lahirnya
    pengertian gerak pada batinnya
    hendaklah mahir seluruh anggota
    hendaklah jujur pada jiwanya

    Taat ke guru membawa berkat
    sedikit belajar banyak yang dapat
    jika menderhaka menjadi mudarat
    semua ilmu tiada yang lekat

    Sebenar guru ada hakikat
    dikuat pula amalan syariat
    ditambah pula ilmu makrifat
    berpakaian pula dengan isyarat

    Dua ibu bapa tak boleh derhaka
    besar jasanya kepada kita
    kalau menderhaka bahaya menimpa
    di akhirat kita masuk neraka

    Wajiblah menjaga diri sendiri
    menerima amanah Tuhan Rabbi
    supaya menjadi mukmin sejati
    demi menegak Islam yang suci.


    Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976).

    Tuesday, December 10, 2013

    PENGALAS

    Sesetengah manusia...

    sangat mudah 

    menjadikan Tuhan

    sebagai pengalas

    bukannya

    tempat

    bergantung

    TENANG

    Orang yang tenang

    sungguh tenang

    lagi menenangkan

    di dalam hatinya

    berusaha

    mohon keampunan...

    ada

    kasih

    BODOH...BIJAK...BIJAKSANA

    Orang bodoh bercakap...
    ...berlandaskan nafsu

    Orang bijak bercakap...
    ... berlandaskan aqal yang waras

    Orang bijaksana bercakap...
    ...berlandaskan hati yang...

    ...bersih

    Sunday, December 8, 2013

    31 OGOS 2008 : MERDEKA DAY

     NYDP: ABG ZA'ABA
     SERIKANDIS
     SENAMAN CEKAK 
    DEMONSTRASI
    BERGAMBAR KENANGAN


    KENANGAN 3: WAWANCARA RADIO RTM

    RAKAMAN WAWANCARA RADIO BERSAMA 
    OG OSMAN 109.2 RTM JOHOR BAHRU






    KENANGAN 2: KURSUS TENAGA PENGAJAR

    KURSUS TENAGA PENGAJAR PSSCM
    Tarikh:     26 Disember 2006
    Tempat:   ADTEC Melaka

     HAIRUNIZAD HARON: JPN JOHOR
     MY COUSIN SEBELAH ABAH: ROSLI KAMARI
    DR.HADZLI HASHIM

    KENANGAN 1: KEJOHANAN

    KEJOHANAN SUKAN MEMPERTAHANKAN DIRI KEBANGSAAN 2009


     BERSAMA SAHABAT 'FIGHTER'
     KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN DARULAMAN
     'FIGHTERS @ WORRIERS' BERKALIBER
     .......
     MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN


                                                 SEBAHAGIAN DARIPADA LATIHAN PERSEDIAAN

    GULAI TEMPOYAK TAK TOLAK TEPI,,
    LEMAK MANIS IKAN DURI,
    DARIPADA 'FIGHT' DI LORONG-LORONG SEPI,
    BAIK KITA 'FIGHT' DI SINI SUMBANG PINGAT UNTUK NEGERI.

    Saturday, December 7, 2013

    AHLI ASBAB AHLI TAJRID

     - al-Hikam Ibni Ataillah

    KEINGINAN KAMU UNTUK BERTAJRID PADAHAL ALLAH MASIH MELETAKKAN KAMU  DALAM SUASANA ASBAB ADALAH SYAHWAT YANG SAMAR, SEBALIKNYA KEINGINAN KAMU UNTUK BERASBAB PADAHAL ALLAH  TELAH MELETAKKAN KAMU  DALAM SUASANA TAJRID BERERTI TURUN DARI SEMANGAT DAN TINGKAT YANG TINGGI.
    Hikmat 1 menerangkan tanda orang yang bersandar kepada amal. Bergantung kepada amal adalah sifat manusia biasa yang hidup dalam dunia ini. Dunia ini dinamakan alam asbab. Apabila perjalanan hidup keduniaan dipandang melalui mata ilmu atau mata akal akan dapat disaksikan kerapian susunan sistem sebab musabab yang mempengaruhi segala kejadian. Tiap sesuatu berlaku menurut sebab yang menyebabkan ia berlaku. Hubungan sebab dengan akibat sangat erat. Mata akal melihat dengan jelas keberkesanan sebab dalam menentukan akibat. Kerapian sistem sebab musabab ini membolehkan manusia  mengambil manfaat daripada anasir dan kejadian alam. Manusia dapat menentukan anasir yang boleh memudaratkan kesihatan lalu menjauhkannya dan manusia juga boleh menentukan anasir yang boleh menjadi ubat lalu menggunakannya. Manusia boleh membuat ramalan cuaca, pasang surut air laut, angin, ombak, letupan gunung berapi dan lain-lain kerana sistem yang mengawal perjalanan anasir alam berada dalam suasana yang sangat rapi dan sempurna, membentuk hubungan sebab dan akibat yang padu.


    Allah s.w.t mengadakan sistem sebab musabab yang rapi adalah untuk kemudahan manusia menyusun kehidupan mereka di dunia ini. Kekuatan akal dan pancaindera manusia mampu mentadbir kehidupan yang dikaitkan dengan perjalanan sebab musabab. Hasil daripada pemerhatian dan kajian akal itulah lahir berbagai-bagai jenis ilmu tentang alam dan kehidupan, seperti ilmu sains, astronomi, kedoktoran, teknologi maklumat dan sebagainya. Semua jenis ilmu itu dibentuk berdasarkan perjalanan hukum sebab-akibat.
    Kerapian sistem sebab musabab menyebabkan manusia terikat kuat dengan hukum sebab-akibat. Manusia bergantung kepada amal (sebab) dalam mendapatkan hasil (akibat). Manusia yang melihat kepada keberkesanan sebab dalam menentukan akibat serta bersandar dengannya dinamakan ahli asbab.
    Sistem sebab musabab atau perjalanan hukum sebab-akibat sering membuat manusia lupa kepada kekuasaan Allah s.w.t. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh keyakinan bahawa akibat akan lahir daripada sebab, seolah-olah Allah s.w.t tidak ikut campur dalam urusan mereka. Allah s.w.t tidak suka hamba-Nya ‘mempertuhankan’ sesuatu kekuatan sehingga mereka lupa kepada kekuasaan-Nya. Allah s.w.t tidak suka jika hamba-Nya sampai kepada tahap mempersekutukan diri-Nya dan kekuasaan-Nya dengan anasir alam  dan hukum sebab-akibat ciptaan-Nya. Dia yang meletakkan keberkesanan kepada anasir alam berkuasa membuat anasir alam itu lemah semula. Dia yang meletakkan kerapian pada hukum sebab-akibat berkuasa merombak hukum tersebut. Dia mengutuskan rasul-rasul dan nabi-nabi membawa mukjizat yang merombak hukum sebab-akibat bagi mengembalikan pandangan manusia kepada-Nya, agar waham sebab musabab tidak menghijab ketuhanan-Nya. Kelahiran Nabi Isa a.s, terbelahnya laut dipukul oleh tongkat Nabi Musa a.s, kehilangan kuasa membakar yang ada pada api tatkala Nabi Ibrahim a.s masuk ke dalamnya, keluarnya air yang jernih dari jari-jari Nabi Muhammad s.a.w dan banyak lagi yang didatangkan oleh Allah s.w.t, merombak keberkesanan hukum sebab-akibat bagi menyedarkan manusia tentang hakikat bahawa kekuasaan Allah s.w.t yang menerajui perjalanan alam maya dan hukum sebab-akibat. Alam dan hukum yang ada padanya seharusnya  membuat manusia mengenal Tuhan, bukan menutup pandangan kepada Tuhan. Sebahagian daripada manusia diselamatkan Allah s.w.t daripada waham sebab musabab.
    Sebagai manusia yang hidup dalam dunia mereka masih bergerak dalam arus sebab musabab tetapi mereka tidak meletakkan keberkesanan hukum kepada sebab. Mereka sentiasa melihat kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan atau mencabut keberkesanan pada sesuatu hukum sebab-akibat. Jika sesuatu sebab berjaya mengeluarkan akibat menurut yang biasa terjadi, mereka melihatnya sebagai kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan kekuatan kepada sebab tersebut dan Allah s.w.t juga yang mengeluarkan akibatnya. Allah s.w.t berfirman:
    Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 1 & 2 : Surah al-Hadiid )
     Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu”. (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda  kekuasaan-Nya, supaya kamu memahaminya. ( Ayat 73 : Surah al-Baqarah )
    Orang yang melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t menerajui hukum sebab-akibat tidak  meletakkan keberkesanan kepada hukum tersebut. Pergantungannya kepada Allah s.w.t, tidak  kepada amal yang menjadi sebab. Orang yang seperti ini dipanggil ahli tajrid.
    Ahli tajrid, seperti juga ahli asbab, melakukan sesuatu menurut peraturan sebab-akibat. Ahli tajrid juga makan dan minum  Ahli tajrid memanaskan badan dan memasak dengan menggunakan api juga. Ahli tajrid juga melakukan sesuatu pekerjaan yang berhubung dengan rezekinya. Tidak ada perbezaan di antara amal ahli tajrid dengan amal ahli asbab. Perbezaannya terletak di dalam diri iaitu hati. Ahli asbab melihat kepada kekuatan hukum alam. Ahli tajrid melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t pada hukum alam itu. Walaupun ahli asbab mengakui kekuasaan Allah s.w.t tetapi penghayatan dan kekuatannya pada hati tidak sekuat ahli tajrid.
    Dalam melakukan kebaikan ahli asbab perlu melakukan mujahadah. Mereka perlu memaksa diri mereka berbuat baik dan perlu menjaga kebaikan itu agar tidak menjadi rosak. Ahli asbab perlu memperingatkan dirinya supaya berbuat ikhlas dan perlu melindungi keikhlasannya agar tidak dirosakkan oleh riak (berbuat baik untuk diperlihatkan kepada orang lain agar dia dikatakan orang baik), takbur (sombong dan membesar diri, merasakan diri sendiri lebih baik, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih cerdik daripada orang lain) dan sama’ah (membawa perhatian orang lain kepada kebaikan yang telah dibuatnya dengan cara bercerita mengenainya, agar orang memperakui bahawa dia adalah orang baik). Jadi, ahli asbab perlu memelihara kebaikan sebelum melakukannya dan juga selepas melakukannya. Suasana hati ahli tajrid berbeza daripada apa yang dialami oleh ahli asbab. Jika ahli asbab memperingatkan dirinya supaya ikhlas, ahli tajrid tidak melihat kepada ikhlas kerana mereka tidak bersandar kepada amal kebaikan yang mereka lakukan. Apa juga kebaikan yang keluar daripada mereka diserahkan kepada Allah s.w.t yang mengurniakan kebaikan tersebut. Ahli tajrid tidak perlu menentukan perbuatannya ikhlas atau tidak ikhlas. Melihat keihklasan pada perbuatan sama dengan melihat diri sendiri yang ikhlas. Apabila seseorang merasakan dirinya sudah ikhlas, padanya masih tersembunyi keegoan diri yang membawa kepada riak, ujub (merasakan diri sendiri sudah baik) dan sama’ah. Apabila tangan kanan berbuat ikhlas dalam keadaan tangan kiri tidak menyedari perbuatan itu baharulah tangan kanan itu benar-benar ikhlas. Orang yang ikhlas berbuat kebaikan dengan melupakan kebaikan itu. Ikhlas sama seperti harta benda. Jika seorang miskin diberi harta oleh jutawan, orang miskin itu malu mendabik dada kepada jutawan itu dengan mengatakan yang dia sudah kaya. Orang tajrid yang diberi ikhlas oleh Allah s.w.t mengembalikan kebaikan mereka kepada Allah s.w.t. Jika harta orang miskin itu hak si jutawan tadi, ikhlas orang tajrid adalah hak Allah s.w.t. Jadi, orang asbab bergembira kerana melakukan perbuatan dengan  ikhlas, orang tajrid pula melihat Allah s.w.t yang mentadbir sekalian urusan. Ahli asbab dibawa kepada syukur, ahli tajrid berada dalam penyerahan.
    Kebaikan yang dilakukan oleh ahli asbab merupakan teguran agar mereka ingat kepada Allah s.w.t yang memimpin mereka kepada kebaikan. Kebaikan yang dilakukan oleh ahli tajrid merupakan kurniaan Allah s.w.t kepada kumpulan manusia yang tidak memandang kepada diri mereka dan kepentingannya. Ahli asbab melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat. Ahli tajrid pula melihat kepada keberkesanan kekuasaan dan ketentuan Allah s.w.t. Dari kalangan ahli tajrid, Allah s.w.t memilih sebahagiannya dan meletakkan kekuatan hukum pada mereka. Kumpulan ini bukan sekadar tidak melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat, malah mereka berkekuatan menguasai hukum sebab-akibat itu. Mereka adalah nabi-nabi dan wali-wali pilihan. Nabi-nabi dianugerahkan mukjizat dan wali-wali dianugerahkan kekeramatan. Mukjizat dan kekeramatan merombak keberkesanan hukum sebab-akibat.
    Di dalam kumpulan wali-wali pilihan yang dikurniakan kekuatan mengawal hukum sebab-akibat itu terdapatlah orang-orang seperti Syeikh Abdul Kadir al-Jailani, Abu Hasan as-Sazili, Rabiatul Adawiah, Ibrahim Adham dan lain-lain. Cerita tentang kekeramatan mereka sering diperdengarkan. Orang yang cenderung kepada tarekat  tasauf  gemar menjadikan kehidupan aulia Allah s.w.t tersebut sebagai contoh, dan yang mudah memikat perhatian adalah bahagian kekeramatan. Kekeramatan biasanya dikaitkan dengan perilaku kehidupan yang zuhud dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Timbul anggapan bahawa jika mahu memperolehi kekeramatan seperti mereka mestilah hidup sebagaimana mereka. Orang yang berada pada peringkat permulaan bertarekat  cenderung untuk memilih jalan bertajrid iaitu membuang segala ikhtiar dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah  s.w.t. Sikap melulu bertajrid membuat seseorang meninggalkan pekerjaan, isteri, anak-anak, masyarakat dan dunia seluruhnya. Semua harta disedekahkan kerana dia melihat Saidina Abu Bakar as-Siddik telah berbuat demikian. Ibrahim bin Adham telah meninggalkan takhta kerajaan, isteri, anak, rakyat dan negerinya lalu tinggal di dalam gua. Biasanya orang yang bertindak demikian tidak dapat bertahan lama. Kesudahannya dia mungkin meninggalkan kumpulan tarekatnya dan kembali kepada kehidupan duniawi. Ada juga yang kembali kepada kehidupan yang lebih buruk daripada keadaannya sebelum bertarekat   dahulu kerana dia mahu menebus kembali apa yang telah ditinggalkannya dahulu untuk bertarekat. Keadaan yang demikian berlaku akibat bertajrid secara melulu. Orang yang baharu masuk ke dalam bidang latihan kerohanian sudah mahu beramal seperti aulia Allah s.w.t yang sudah berpuluh-puluh tahun melatihkan diri. Tindakan mencampak semua yang dimilikinya secara tergesa-gesa membuatnya berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang boleh menggoncangkan imannya dan mungkin juga membuatnya berputus-asa. Apa yang harus dilakukan bukanlah meniru kehidupan aulia Allah s.w.t yang telah mencapai makam yang tinggi secara melulu. Seseorang haruslah melihat kepada dirinya dan mengenalpasti kedudukannya, kemampuanya dan daya-tahannya. Ketika masih di dalam makam asbab seseorang haruslah bertindak sesuai dengan hukum sebab-akibat. Dia harus bekerja untuk mendapatkan rezekinya dan harus pula berusaha menjauhkan dirinya daripada bahaya atau kemusnahan.
    Ahli asbab perlu berbuat demikian kerana dia masih lagi terikat dengan sifat-sifat kemanusiaan. Dia masih lagi melihat bahawa tindakan makhluk memberi kesan kepada dirinya. Oleh yang demikian adalah wajar sekiranya dia mengadakan juga tindakan yang menurut pandangannya akan mendatangkan kesejahteraan kepada dirinya dan orang lain. Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang pada kedudukan sebagai ahli asbab ialah apabila urusannya dan tindakannya yang menurut kesesuaian hukum sebab-akibat tidak menyebabkannya mengabaikan kewajipan terhadap tuntutan agama. Dia tetap berasa rengan untuk berbakti kepada Allah s.w.t, tidak gelojoh dengan nikmat duniawi dan tidak berasa iri hati terhadap orang lain. Apabila ahli asbab berjalan menurut hukum asbab maka jiwanya akan maju dan berkembang dengan baik tanpa menghadapi kegoncangan yang besar yang boleh menyebabkan dia berputus asa dari rahmat Allah s.w.t. Rohaninya akan menjadi kuat sedikit demi sedikit dan menolaknya ke dalam makam tajrid secara selamat. Akhirnya dia mampu untuk bertajrid sepenuhnya.
    Ada pula orang yang dipaksa oleh takdir supaya bertajrid. Orang ini asalnya adalah ahli asbab yang berjalan menurut hukum sebab-akibat sebagaimana orang ramai. Kemungkinannya kehidupan seperti itu tidak menambahkan kematangan rohaninya. Perubahan jalan perlu baginya supaya dia boleh maju dalam bidang kerohanian. Oleh itu takdir bertindak memaksanya untuk terjun ke dalam lautan tajrid. Dia akan mengalami keadaan di mana hukum sebab-akibat tidak lagi membantunya untuk menyelesaikan masalahnya. Sekiranya dia seorang raja, takdir  mencabut kerajaannya. Sekiranya dia seorang hartawan, takdir  menghapuskan hartanya. Sekiranya dia seorang yang cantik, takdir  menghilangkan kecantikannya itu. Takdir memisahkannya daripada apa yang dimiliki dan dikasihinya. Pada peringkat permulaan menerima kedatangan takdir yang demikian, sebagai ahli asbab, dia berikhtiar menurut hukum sebab-akibat untuk mempertahankan apa yang dimiliki dan dikasihinya. Jika dia tidak terdaya untuk menolong dirinya dia akan meminta pertolongan orang lain. Setelah puas dia berikhtiar termasuklah bantuan orang lain namun, tangan takdir tetap juga merombak sistem  sebab-akibat yang terjadi ke atas dirinya. Apabila dia sendiri dengan dibantu oleh orang lain tidak mampu mengatasi arus takdir maka dia tidak ada pilihan kecuali berserah kepada takdir. Dalam keadaan begitu dia akan lari kepada Allah s.w.t dan merayu agar Allah s.w.t menolongnya. Pada peringkat ini seseorang itu akan kuat beribadat dan menumpukan sepenuh hatinya kepada Tuhan. Dia benar-benar berharap Tuhan akan menolongnya mengembalikan apa yang pernah dimilikinya dan dikasihinya. Tetapi, pertolongan tidak juga sampai kepadanya sehinggalah dia benar-benar terpisah dari apa yang dimiliki dan dikasihinya itu. Luputlah harapannya untuk memperolehinya kembali. Redalah dia dengan perpisahan itu. Dia tidak lagi merayu kepada Tuhan sebaliknya dia menyerahkan segala urusannya kepada Tuhan. Dia menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t, tidak ada lagi ikhtiar, pilihan dan kehendak diri sendiri. Jadilah dia seorang hamba Allah s.w.t yang bertajrid. Apabila seseorang hamba benar-benar bertajrid maka Allah s.w.t sendiri akan menguruskan kehidupannya. Allah s.w.t menggambarkan suasana tajrid dengan firman-Nya:
    Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ( Ayat 60 : Surah al-‘Ankabut )
    Makhluk Allah s.w.t seperti burung, ikan, kuman dan sebagainya tidak memiliki tempat simpanan makanan. Mereka adalah ahli tajrid yang dijamin rezeki mereka oleh Allah s.w.t. Jaminan Allah s.w.t itu meliputi juga bangsa manusia. Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang hamba-Nya di dalam makam tajrid ialah Allah s.w.t memudahkan baginya rezeki yang datang dari arah yang tidak diduganya. Jiwanya tetap  tenteram sekalipun terjadi kekurangan pada rezeki atau ketika menerima bala ujian.
    Sekiranya ahli tajrid sengaja memindahkan dirinya kepada makam asbab maka ini bermakna dia melepaskan jaminan Allah s.w.t lalu bersandar kepada makhluk . Ini menunjukkan akan kejahilannya tentang rahmat dan kekuasaan Allah s.w.t. Tindakan yang jahil itu boleh menyebabkan berkurangan atau hilang terus keberkatan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya. Misalnya, seorang ahli tajrid yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan kecuali membimbing orang ramai kepada jalan Allah s.w.t, walaupun tidak mempunyai sebarang pekerjaan namun, rezeki datang kepadanya dari berbagai-bagai arah dan tidak pernah putus tanpa dia meminta-minta atau mengharap-harap. Pengajaran yang disampaikan kepada murid-muridnya sangat berkesan sekali. Keberkatannya amat ketara seperti makbul doa dan ucapannya biasanya menjadi kenyataan. Andainya dia meninggalkan suasana bertajrid lalu berasbab kerana tidak puas hati dengan rezeki yang diterimanya maka keberkatannya akan terjejas. Pengajarannya, doanya dan ucapannya tidak seberkesan dahulu lagi. Ilham yang datang kepadanya tersekat-sekat dan kefasihan lidahnya tidak selancar biasa.
    Seseorang hamba haruslah menerima dan reda dengan kedudukan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya. Berserahlah kepada Allah s.w.t dengan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah s.w.t tahu apa yang patut bagi setiap makhluk-Nya. Allah s.w.t sangat bijak mengatur urusan hamba-hamba-Nya.
    Keinginan kepada pertukaran makam merupakan tipu daya yang sangat halus. Di dalamnya tersembunyi rangsangan nafsu yang sukar disedari. Nafsu di sini merangkumi kehendak, cita-cita dan angan-angan. Orang yang baharu terbuka pintu hatinya setelah lama hidup di dalam kelalaian, akan mudah tergerak untuk meninggalkan suasana asbab dan masuk ke dalam suasana tajrid. Orang yang telah lama berada dalam suasana tajrid, apabila kesedaran dirinya kembali sepenuhnya, ikut kembali kepadanya adalah keinginan,  cita-cita dan angan-angan. Nafsu mencuba untuk bangkit semula menguasai dirinya. Orang asbab perlulah menyedari bahawa keinginannya untuk berpindah kepada makam tajrid itu mungkin secara halus digerakkan oleh ego diri yang tertanam jauh dalam jiwanya. Orang tajrid pula perlu sedar keinginannya untuk kembali kepada asbab itu mungkin didorong oleh nafsu rendah yang masih belum berpisah dari hatinya. Ulama tasauf  mengatakan seseorang mungkin dapat mencapai semua makam nafsu, tetapi nafsu peringkat pertama tidak kunjung padam.
    Oleh yang demikian perjuangan atau mujahadah mengawasi nafsu sentiasa berjalan.

    BAHAGIAN

    Rezeki...

    Bahagian masing-masing

    Ilmu...

    Bahagian masing-masing

    Hormati...

    Rezki dan ilmu 

    yang Allah kurnia

    kepada kita

    sesama kita...

    BUKAN

    dicaci

    atau

    diprasangka...

    KASIH

    Aku kasih ...

    Aku rindu ...

    Aku datang...