Wednesday, October 30, 2013

ILHAM DARI PUJANGGA


Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itu rahsia orang bijaksana
Ia anak muda tiada mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan
Berikanlah tenaga
Untuk bangsa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu
Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu kepada keharmonian negara
Kau katakan pada aku sekarang jua
apakah pendapat kau atas kewajiban mudi dan muda...
Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...
Dan bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajibanli...
Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.
Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang menrugikan diri
Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang hai pujangga
Hanya sekadar penyanyi biasa
- Ismail Haron

MULA BANGKIT SAMPAI TIDUR

Bangkit ku ... istighfarku...
Ma'ul hayatku...
Mandiku ... tawassulku...ulul'azmi...

Latihan tangan dan kakiku

Langkahku...bumi bahagiaku...
hati kata Allah..Allah kata hati...sekalian

Istighfar sepanjang nafas
selawat sepanjang nafas

istiqomah...

salam sekalian hamba Allah...
...tidurku.




Tuesday, October 29, 2013

AMPUNKANKU

Ya Allah... ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah

dengarlah rintihanku ya Allah

Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah

aku mohon kepadaMu ya Allah

Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku

Ya Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang

Ya Allah... ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah

dengarlah rintihanku ya Allah

Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah

aku mohon kepadaMu ya Allah

Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku

Ya Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang

Ya Allah... ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah

dengarlah rintihanku ya Allah

Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah

aku mohon kepadaMu ya Allah

Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku

Ya Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang

Ya Allah... ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah

dengarlah rintihanku ya Allah

Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah

aku mohon kepadaMu ya Allah

Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ya Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang

Ya Allah... ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah
Ya Allah...ampunkan aku ya Allah

dengarlah rintihanku ya Allah

Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Allah

aku mohon kepadaMu ya Allah

Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku...

Thursday, October 24, 2013

ROH

ms: 58

Pembahagian mimpi

1.  Mimpi daripada Allah
2.  Mimpi daripada syaitan
3.  Mimpi daripada bicara diri

Mimpi2 yang benar:

1.  Ilham yang dilemparkan Allah swt ke dalam hati seorang hamba, dan itu adalah suatu bicara      yang diperkatakan Tuhan kepada hambaNya di dalam tidurnya.  Ini pendapat Ubadah bin          As-Shamit dan lain-lain lagi.

2.  Suatu misalan yang dirancangkan oleh Malaikat mimpi yang diserahkan tugas ini.

3.  Pertemuan roh seorang yang tidur dengan roh-roh orang-orang yang sudah mati dari kaum        keluarganya dan para sahabatnya, ataupun yang lain dari itu, sebagaimana yang kami telah      terangkansebelum ini.

4.  Peningkatan roh orang yang bermimpi kepada Allah swt serta pembicraannya kepada              Tuhannya.

5.  Kemasukan roh orang yang bermimpi itu ke dalam syurga dan penyaksiannya terhadap             teman-temannya.

ROH...


MS 47
Kisah mimpi Murrah Al Hamdani dan Uwais Al Qarani .

Adalah Murrah al Hamdani terlalu banyak sujudnya di dalam solat sehingga dahinya melecet dek makan tanah.  Apabila dia meninggal dunia, salah seorang daripada keluarganya bermimpikannya dan melihat seolah2 tempat sujudnya itu macam bintang gemintang yang berkilau kilauan .  Maka dia bertanya kepada Murrah Al Hamdani: Apa bekas yang kulihat di wajahmu itu?  Jawabnya: Allah telah mengalaskan tempat sujud yang dimakan tanah itu dengan cahaya.  Kemudian aku bertanya pula: Di mana tempatmu di akhirat nanti?  Jawabnya, sebaik baik tempat, dan seindah indah rumah , yang apabila dimasuki oleh ahlinya , mereka tiada akan keluar lagi.  dan mereka tiada akan mati lagi.

             Berkata Abu Ya’kub Al-Qari: Aku bermimpi melihat seorang lelaki tinggi berwarna hitam manis, sedang ramai orang yang mengikutinya, maka aku bertanya: Siapa orang ini? Mereka menjawab: Ini ialah Uwais Al-Qaran! maka segera aku mengikutinya juga, lalu berkata kepadanya: Berilah aku suatu pesanan! Moga moga Allah merahmatimu! Dia lalu mengerutkan wajahnya kepadaku, seolah olah dia meminta penerangan lanjut.  Maka aku segera mengatakan kepadanya lagi: Aku meminta petunjuk , moga moga Allah merahmatimu!  Maka barulah dia menoleh kepadaku semula seraya berkata: Carilah rahmat Allah ketika kau mencintainya, dan hindarkanlah kemurkaanNya ketika kau bermaksiat terhadapNya, dan jangan sekali kali kau putuskan harapanmu daripada belas kasihanNya pada ketika itu. Kemudian diapun pergi meninggalkanku.

             Berkata Ibnu Sammak:  Aku telah bermimpi melihat Mis'ar, lalu aku berkata kepadanya: Amalan yang mana satu yang kau dapati dia lebih utama? Jawabnya: Majlis-majlis zikir!

             Berkara Al-Ajlah: Saya bermimpi melihat Salamah bin Kuhail , lalu saya bertanya kepadanya: Amalan yang mana satu yang kau dapati dia lebih utama? Jawabnya: Bangun beribadat di tengah malam!

             Berkata Abu Bakar bin Abu Maryam: Saya bermimpi melihat Wafa' bin Bisyr sesudah dia meninggal dunia, maka aku bertanya kepadanya: Apa yang sudah berlaku kepadamu?  Jawabnya: Aku telah terselamat, setelah aku menghadapi berbagai-bagai kesulitan.  Tanyaku lagi: Amalan yang bagaimana yang kau dapati dia lebih utama? Jawabnya: Menangis kerana takut kepada Allah azzawajalla.



BELAJAR

Mestikah aku dipeduli?
Dalam keadaan aku selalu mengambil peduli?
-   tidak   -

Mestikah aku diambil tahu?
Dalam keadaan aku selalu mengambil tahu?
-   tidak   -


Mestikah aku diambil berat ?
Dalam keadaan aku selalu mengambil berat?
-   tidak   -

Jika hatiku benar-benar ikhlas, mana mungkin aku fikir itu semua...
Jika hatiku benar-benar ikhlas, mana mungkin aku harap itu semua...

Belajar... aku belajar semua... belajar buat semua kerana Allah
Tanpa harap apa-apa...

Belajar... aku belajar semua... tiada kebergantungan kepada makhluk 
Bergantung kepada Allah semata...

Terima kasih Allah...
Kau selimutkanku ketika aku kesejukan...

Terima kasih Allah...
Kau sihatkanku ketika aku sakit...

Terima kasih Allah

Kau sentiasa mempedulikanku walau aku tiada dipedulikan lagi...

Wednesday, October 23, 2013

JANGANLAH TAKUT

La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana

 “Janganlah kamu takut 

dan janganlah kamu bersedih hati. 

Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Tuesday, October 22, 2013

SAKIT

Kebaskan...
Tawarkan...
Pulihkan...

kerana hakikat sakit itu ...

NIKMAT

BERLAPANG DADA

Dalam melalui liku kehidupan ini...
Harta benda bukan segalanya...
Namun rahmat Ilahi diraih dicari...
Agar jelas matlamat hidup yang sebenarnya...


       Syukur Alhamdu lillah...
       Bukan mudah perkara mudah...
       Jika hati terus gundah gelisah...
       Resah...walau bukan asbab susah...


Hadith riwayat Baihaki...
Bertenang-tenang dari Allah bergopoh dari syaitan...
Semoga akhlak sama dibaiki...

Hindarkan segala yang tak keruan...

Wednesday, October 2, 2013

FATEHAH

.......
.......
..... ..