Tuesday, January 21, 2014

MUSAFIR KELANA

Sang musafir berkelana ...

membawa permata dalam jiwa

untuk di serah kepada hak

empunya hak...

40 tahun berkelana

banyak aku keakuan dijumpainya

masing-masing mengaku hak empunya hak

namun permata tak diberi sebarangan

kerana sipengaku tiada tanda

tanda hanya ada pada dia...

setelah dipertemu yang hak empunya hak ...

hairan takjub si berkelana

adakah ia benar-benar wujud

sekian lama tiada temunya

ini malaikatkah atau manusia...


Setelah nyata dipenyata...

Jelaslah akan soheh akan benarnya

Namun takdir Allah yang Maha kuasa

Sipenerima tidak mengakui

bahawa permata itu miliknya

usah mengarut mereka ceritera

urusan tuan, urusan tuan

urusan hamba, urusan hamba

Tidak mengapa, tiada mengapa

Hamba faham duduk perkara

Permata 

hamba simpan kemas sampai ketikanya

berpisah nyawa dari badan

berpisah roh dari jasad

berpisah batil dari hak

kuserah kepadamu Tuhan

permata kugilap setiap masa

sebagai tanda syukurku kepadaMu

walau dapat bertemu walau seketika

ia bukan ilusi tapi nyata

dirimu

hak

yang empunya hak





IKHLAS

Ia sangat dalam dan tiada dasarnya

Ya Allah ...

aku akur

segala aturan

dan

kehendakMu

Saturday, January 18, 2014

PETUNJUK

Tercuri dengar perbualan dua orang jamaah di sebuah surau...

" Aku ni pelik.. buat solat sunat, berdoa siang malam mohon petunjuk Allah , tapi bila Allah dah beri petunjuk, keputusan sendiri juga yang dipakai... pelik...pelik..."

" Manusia Pak Aji... kalau tak,  tak dinamakan manusia...."

Thursday, January 16, 2014

MUNGKIN

Dia mungkin lurus ...

Dia mungkin bodoh ...

namun...

Dia benar-benar kasih

kepada

Allah

dan Rasulnya

DOA KETETAPAN HATI


FAHAMAN AHLUS SUNNAH FAHAMAN WAHABI

Fahaman Wahabi

bercanggah dengan

Fahaman Alhus sunnah...

Ia menyelinap tanpa disedari

Umpama api dalam sekam

Umpama onak dalam duri

Umpama membersihkan diri

Tapi lumpur pula disaluti

Mohonlah petunjuk Allah

Agar tiada tersasasr

walau tersipi

walau tersipi

LURUS

Langkah panglima langkah yang lurus

siapa panglima sebenar panglima

Rasulullah s.a.w sudah pastinya

Yang hak kita berserta...

Yang batil...

silakan

berlalu...