Ya
Rasulullah
Akhir zaman ini
Terlalu amat sedikit
yang berselawat ke atasmu
sebagai tanda kasih
kepadamu :'(
Ya
Rasulullah
Akhir zaman ini
Terlalu amat sedikit
yang berselawat ke atasmu
sebagai tanda kasih
kepadamu :'(
DZAHIRKAN
Rasa
sayang ini
Perlu dizohirkan
Rasa kasih ini
Perlu dizohirkan
Kerana penyata rasa
Perlu dizohirkan
Kepada pemilik
Yang empunya hak
Yang empunya
Hak yang mutlak
Di
dalam kehidupan ini
yang umpama satu perjalanan
menuju akhir kisah
temui
kebenaran demi kebenaran
hak demi hak
nyata demi nyata
menolak kebatilan
menolak kemungkaran
menolak kesesatan
namun
setelah itu
masih ramai yang memilih kekaburan
kesamaran
khayalan
pegang sungguh-sungguh permata nyata
genggam erat-erat berlian kebenaran
yang menggerakkan hati nurani
jiwa halusmu
ke sana
Subhanallah
Alhamdu lillah
La ilaha illallah
Allahu akbar
Lahaulawala Quwatailla billah
Sesuatu yang terdetik, Engkau Maha mengetahui
Sesuatu yang terhajat, Engkau Maha mengetahui
Sesuatu yang terlintas, Engkau Maha mengetahui
Tidak berlaku sesuatu tanpa sebab
Hatta satu zarah halus yang berterbangan di udara
juga dengan sebab
Hatta mekarnya kuntum bunga di taman
juga dengan sebab
Maha suci Engkau ya Allah
Tidak pernah Engkau jadikan sesuatu
dengan sia-sia
Sesungguhnya
Engkau Maha penyayang
Maha pengasih
Nilai cinta, kasih dan sayangMu sungguh agung
Tiada terjangkau aqal mennakulinya
Rasa kasih, sayang dan cinta yang Kau hadirkan
Ke dalam hati ini
sungguh mahal harganya
Sungguh tinggi nilainya
Subhanallah
1
SYAWAL
terbit fajar 1 Syawal
titis air mata
terkenangkannya
salam lebaran
minal aidil wal faizin
maaf zahir batin
sayangku
SUNGGUH
sungguh
Dia sentiasa bersamaku