Friday, August 23, 2013

Sajak : Masa demi masa

Masa ... demi masa

Masa demi masa kini
Aku berlengging
dengan kain pelikat usang
berbuntil besar yang di dalamnya berisi sekotak mancis
aku memerun sebentar lagi

Masa demi masa kini
Aku berpakaian seragam hijau
Pakaian seragam hijau bintang tiga
Topi bintang tiga kupakai
Aku orang bintang tiga
Aku ketua bintang tiga
Tapi aku bukan 'ahli' bintang tiga
Kerana tugasku,
Mencantas leher-leher ... 
Bintang Tiga

Masa demi masa kini
Aku berpakaian celoreng
Melihat ketenangan
Melihat Keamanan
Melihat Kedamaian

Masa demi masa kini
Aku berjubah putih
Berserban putih
Berselempang merah
Kuuntai manik-manik tasbih 
satu ... demi satu ...
mengingat yang SATU

Masa demi masa kini
aku berpakaian panglima
Aku pegang yang lima !
dengan kalimah
LAILA HA ILALLAH MUHAMMADAR RASULU LLAH !
Kita ... 
Menang !


- Hj.Saiful Lizan Hj.Suparman
(24 Ogos 2013 :1221pm)

No comments: