Thursday, April 15, 2021

KECEMERLANGAN

 


                        Ayat ini tercetus daripada satu peristiwa.  Situasi itu, aku ditanya oleh seorang rakan bagaimana cara nak target untuk jadi Guru Cemerlang.  Ya benar, ada sesetengah orang amat mengejar gelaran itu dan mengatur strategi sehingga hasrat hatinya tercapai.  Jika dapat dikekalkan kecemerlangan itu maka amatlah bertuah badan.  Namun sesetengah orang tidak begitu.  Apabila ia dijadikan matlamat atau target, maka natijahnya ialah kecemerlangan itu sendiri tidak dapat dikekalkan.  Kerana ia dicapai sebagai satu matlamat bukan amalan. Maka tidak mustahil berapa ramai sesetengah  Guru Cemerlang di luar sana yang 'penat' sebab tidak mampu mempertahankan kecemerlangan yang dikejar.

                        BERBEZA dengan mereka yang menjadikan kecemerlangan itu sebagai budaya, sebagai amalan harian. Ada, ada. Tak ada, tak apa. Usaha yang termampu, sebaik yang mungkin.  Maka jika segala yang disuruh kita buat, segala yang ditegah kita jauhi, maka isu kesukaran mempertahankan kecemerlangan bukan masalah utama lagi sebab ia dah mendarah daging dalam diri kita.  So? pilihan di tangan anda.  Mohon anugerah itu dalam keadan anda mengamalkan budaya cemerlang tersebut ATAU mereka cipta seberapa banyak topeng agar anugerah itu dapat diraih namun tiada apa lagi nilainya setelah topeng itu tertanggal dengan sendirinya.

No comments: