Usah mudah rasa selesa
pada fasa bertenang
kerana tempoh itu
satu tempoh untuk belajar
pelajari makna dan nilai
tempoh bertenang
Usah mudah rasa selesa
kerana tempoh itu tidak terlalu panjang
sampai masa badaikan menjelang
untuk kita pelajari
betapa nikmaynya tempoh bertenang
yang dikurniakanNya
Usah mudah rasa selesa
dengan nikmat kasih dan cinta
halilintar mudah sahaja menjelma
bila-bila masa sahaja
Mintalah kepadaNya
agar tempoh bertenang manjadi satu hikmah
dan pelajaran yang amat penting
agar diri lebih bersedia
hadapi ujian yang lebih getir lagi menggila
Mintalah kepadaNya
dalam tempoh bertenang atau sebaliknya
agar minda hati dan lidah
sentiasa sriring seia sekata
ingat dan terus ingat
sebut dan terus sebut
hayati dan terus hayati
segala nikmatNya
hingga semuanya
terhenti.