Tuesday, April 20, 2021
Sunday, April 18, 2021
SEDARI AWAL
Sedari awal bertemu
Kulihat wajahnya putih
Hatinya bersih
Dan kukata
"Dia akan pergi"
Dan akhirnya benar
Dia pergi.
Thursday, April 15, 2021
SAIFULISME
"Saya lihat Saiful ni ada cara pemikiran, ideologi , fikrah tersendiri. Satu pemahaman yang tersendiri. Saya istilahkan sebagai Saifulisme".
- Jamaludin PhD, UTM.
MIMPI 3 RAMADHAN
Salam
Sekadar kongsi.
Mlm tadi mimpi seolah persiapan dewan dan bilik2 seminar. Kmudian rasa penat dan rehat entah kt mana di satu kwsan cantik banyak pokok rendang. Di bwah sepohon rendang, baring rehatkan badan. Dok perhati daun2 seolah2 membentuk huruf jawi. Aku amati betul2 subhanallah. Bentuk huruf Ahmad Muhammad timbal balik. Berdekatan dengannya seolah kalimah La ialaha illallah Muhammadar rosululloh.
KECEMERLANGAN
Ayat ini tercetus daripada satu peristiwa. Situasi itu, aku ditanya oleh seorang rakan bagaimana cara nak target untuk jadi Guru Cemerlang. Ya benar, ada sesetengah orang amat mengejar gelaran itu dan mengatur strategi sehingga hasrat hatinya tercapai. Jika dapat dikekalkan kecemerlangan itu maka amatlah bertuah badan. Namun sesetengah orang tidak begitu. Apabila ia dijadikan matlamat atau target, maka natijahnya ialah kecemerlangan itu sendiri tidak dapat dikekalkan. Kerana ia dicapai sebagai satu matlamat bukan amalan. Maka tidak mustahil berapa ramai sesetengah Guru Cemerlang di luar sana yang 'penat' sebab tidak mampu mempertahankan kecemerlangan yang dikejar.
BERBEZA dengan mereka yang menjadikan kecemerlangan itu sebagai budaya, sebagai amalan harian. Ada, ada. Tak ada, tak apa. Usaha yang termampu, sebaik yang mungkin. Maka jika segala yang disuruh kita buat, segala yang ditegah kita jauhi, maka isu kesukaran mempertahankan kecemerlangan bukan masalah utama lagi sebab ia dah mendarah daging dalam diri kita. So? pilihan di tangan anda. Mohon anugerah itu dalam keadan anda mengamalkan budaya cemerlang tersebut ATAU mereka cipta seberapa banyak topeng agar anugerah itu dapat diraih namun tiada apa lagi nilainya setelah topeng itu tertanggal dengan sendirinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)