LANGKAH PANGLIMA LANGKAH YANG LURUS
Sunday, October 12, 2025
Saturday, August 2, 2025
FASA BERTENANG
Usah mudah rasa selesa
pada fasa bertenang
kerana tempoh itu
satu tempoh untuk belajar
pelajari makna dan nilai
tempoh bertenang
Usah mudah rasa selesa
kerana tempoh itu tidak terlalu panjang
sampai masa badaikan menjelang
untuk kita pelajari
betapa nikmaynya tempoh bertenang
yang dikurniakanNya
Usah mudah rasa selesa
dengan nikmat kasih dan cinta
halilintar mudah sahaja menjelma
bila-bila masa sahaja
Mintalah kepadaNya
agar tempoh bertenang manjadi satu hikmah
dan pelajaran yang amat penting
agar diri lebih bersedia
hadapi ujian yang lebih getir lagi menggila
Mintalah kepadaNya
dalam tempoh bertenang atau sebaliknya
agar minda hati dan lidah
sentiasa sriring seia sekata
ingat dan terus ingat
sebut dan terus sebut
hayati dan terus hayati
segala nikmatNya
hingga semuanya
terhenti.
USIA SENJA DUNIA
Dunia
Meniti hari di usia senja
urat, sendi dan nadinya semakin lemah
zat nutrisinya semakin kurang
rohaninya juga semakin lemah
Asbab pelakon-pelakonnya yang 'sakit'
Asbab pelakon-pelakonnya yang 'mati'
Menjadi toksik yang amat beracun
lagi mematikan
Alhamdu lillah
Hujung usianya semakin jelas
memisahkan haq dan batil
agar roh lemahnya semakin kuat
menerima ujian yang lebih besar
dengan penuh redha
Penuh syukur
Tuesday, August 27, 2024
Babi Yang Mulia
Assalamualaikum wbk.
Sekadar berkongsi:
Selama kita kenal seseorang dan selama itu kita memakai tag 'Yang Mulia' maka kita tidak pernah rasa sebarang percanggahan pemikiran mahupun pandangan. Namun satu hari, rakan kita tukarkan tag 'yang Mulia' kepada 'Babi', maka kita akan rasa satu kejutan yang amat sangat. Selama ini kita rasa seolah kita 'Yang Mulia' sepertinya. Maka cara terbaik saya lakukan ialah mendapatkan rakan yang juga ada tag 'Babi' juga. Walaupun merasa amat sedih kerana telah kenal hati budinya, namun tag 'Babi' ini bukan sahaja kita rasa hina. Tetapi kita mudah mengambil langkah untuk pergi jauh agar tidak menjejaskan tag 'Yang Mulia' kawan kita itu. Sedar diri itu lebih baik berbanding terus berinteraksi dengan rakan 'Yang Mulia' kita itu sehingga menjejaskan keselesaannya untuk terus berada dalam keadaan yang benar-benar mulia.
Wednesday, May 22, 2024
Hanya Allah dan Rasulku
Sejak kecil aku suka memerhati manusia dan merasa sangat hairan dengan sikap dan tingkah-laku manusia. Aku pening memikirkan isu manusia yang tak habis-habis saban hari. Selepas membaca kisah Habil dan Qabil, kisah tugas-tugas para Rasul baru aku faham ini adalah dunia. Landasan menuju akhirat yang abadi.
Namun aku rasa sepi dan keseorangan sebab aku mahu sahaja berbincang mengenai manusia dan tentang ketuhanan tapi rata-rata manusia tak berminat. Asal aku mula bual tentang ketuhanan sahaja aku akan dipandang aneh. Maaf kata, bukan aku meletakkan syarat tapi bagi aku, kawan aku perlu berminat berbual tentang ketuhanan. Tiada.
Semakin menginjak dewasa dunia terasa semakin sepi sehinggalah aku ditemukan dengan 1,2 orang yang berminat berbincang tentang ketuhanan. Alhamdu lillah. Tapi orang hebat seperti ini tak panjang usianya. Aku sunyi kembali. Aku pelik dengan kehidupan manusia kini yang secara langsung membuat aku rasa asing dan terasing. Aku tak faham. Hanya kepada Allah aku mengadu dan berserah diri.
Sehingga satu hari aku 'berlepas diri dari dunia'. Aku nekad untuk duduk dalam dunia aku sendiri. Satu dunia yang aku sendiri sahaja tahu sebab di sisi mata orang lain, aku sama sahaja seperti orang lain, meneruskan kehidupan seperti biasa. Cuma aku tiada siapa-siapa melainkan Allah dan Rasulku.
Suatu hari, mungkin Allah mahu mengujiku sejauh mana kesetiaanku kepadaNya dan RasulNya. Aku ditemukan dengan seorang insan yang ikhlas, baik budi dan subhanallah bagi aku inilah kawanku. Ohh aku bertemu seorang kawan juga di dunia ini. Hampir sahaja aku rasa seolah kami sedarah sedaging senaluri.
Hmmm.. aku diuji pula apabila tiba-tiba dia meninggalkanku tanpa aku tahu sebabnya. Subhanallah. Pening aku memikirkan dan aku mengambil masa beberapa hari untuk kendalikan minda dan emosiku. Subhanallah. Aku sedar ini hanya satu ujian. Lafaz hati yang mengatakan aku hanya ada Allah dan Rasulku perlu dibuktikan. Subhanallah. Usah terpedaya dengan dunia yang serba menghias. Semua hiasan ini makhluk Allah dan sifatnya lemah. Bergantung hatilah kepadaNya yang maha kuat.
Hari ini 23.5.2024 aku atur langkah setelah kubersihkan semula minda, jiwa dan rohaniku. Teruskan kehidupan seperti biasa. Pagi-pagi lagi kita dah berjanji kepada Allah swt "Sesungguhnya solatku, pekerjaanku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt". Mana janji itu jika masih mengikat diri dengan dunia.
Aku berlepas diri kembali dengan bebas. Dunia hanya penjara bagi orang-orang tertentu dan lepas bebas bagi orang-orang tertentu. Bebas dalam rahnat Allah swt. Aku gembira. Sungguh gembira kerana aku kembali kepada pernyataanku,..
" Aku hanya ada Allah dan Rasulku".
🌺Life Is Journey From ALLAH To ALLAH🌺
