Tuesday, November 19, 2013

DOA YAASIN

               Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam, iaitu puji-pujian yang menyamai segala nikmatNya dan sebanding dengan segala tambahanNya.  Wahai tuhan kami, bagimu segala pujian sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.  Wahai Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
             
               Wahai Allah, dengan hak kebenaran Yasin dan demi al-Quran yang penuh dengan segala hikmah dan demi zat yang telah memiliki membawa risalah dan kenabian, pemerintahan dan petunjuk kepada jalan Engkau yang lurus, padanya daripada Engkau malaikat Jibril yang diturunkan oleh Engkau yang Maha Mulia dan Maha Penyayang, dan demi setiap huruf (al-Qur’an) dan nama-namamu yang telah nyata, wahai zat yang tersembunyi kelembutanMu; yang menghilangkan segala dukacita yang menghapuskan kesusahan bagi semua yang berhutang, wahai zat yang telah menjadikan khazanahnya di antara huruf kaf dan nun , dan yang mengetahui sesuatu yang telah ada dari sebelum adanya.  Dan aku memohonnya Allah, sesungguhnya aku memohon kedudukan yang baik, yang Engkau redhai dan sesungguhnya jadikanlah kami dalam kumpulan yang berbahagia serta mencukupi dan Engkau permudahkanlah bagi kami semua kehendak kami, dan tuntutan kami, dan kurniakanlah kebaikan bagi kami, memohon perlindungan dengan zatMu yang Maha Agung serta Maha Pengurnia dan kurniakanlah kepada kami kejayaan yang segera.  Perkenankanlah ya Allah doa kami dan terimalah olehmu kembalinya kami masukkanlah kami ke dalam pemeliharaan Engkau dengan rahsia firmanMu bahawa sesungguhnya apabila Engkau menghendaki sesuatu haya berkata “kun” , maka jadilah ia.  Maha suci Engkau yang dengan kekuasaanMu menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaMu semuanya akan kembali.

                Maha suci zat yang menghilangkan segala kehinaan.  Maha suci zat yang menghilangkan segala kedukaan; Maha suci zat yang memerintahkan apabila menghendaki sesuatu hanya berkata “kun” maka jadilah ia.  Wahai zat yang menghilangkan dukacita; wahai zat yang menghilangkan, hilangkanlah.  Hilangkanlah daripada kami segala kesusahan dan dukacita kami; wahai zat yang hidup!  Wahai zat yang berdiri dengan sendiri! Wahai zat yang maha Agung dan Maha Mulia! Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekalian.  Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


No comments: