Monday, January 25, 2021

AIN

Anak saudara 

Anak saudaraku menangis tak henti. Mengaruk. Emakku dukung pujuk-pujuk. Kasihan pula melihatnya. Aku dekati dan cium pipinya. Diam .. dan terus tidur. Ayahnya kata, "Amboi.. Pak Long cium terus diam dia yaa."

Anak saudara sebelah saudara - Skudai

Menangis dan menangis. Mengamuk dan lempar barang. Buatkan air dibcakan doa. Diminumkan. Diam..pulih sediakala.

Anak saudara sebelah saudara - KL

Menangis dan menangis..mengaruk sampai muntah-muntah.  Ayahnya ghalit dok sembang dengan aku tentang kehebatan ilmu BATAMIM yang dipelajarinya. "Kalau ada apa-apa..gangguan ke apa..Zasss! jaa ," katanya. Sebab kasihan dekat anaknya, aku buatkan air dibacakan doa. Diam dan pulih sediakala. Tiba-tiba ayahnya keluar dari bilik memeluk beberapa botol air. "Sebelum balik buatkan lagi ye bang."

Naufal

Anak jagaan sebelah saudara. (Jaga anak orang) Menangis dan menangis.  Minta dia buatkan air dibacakan surah anNas (40x atau 21x atau 7x atau 3x atau 1x) minumkan. Alhamdu lillah pulih sediakala.

Azizul

Cikgu SKPT2 minta tolong bantu anaknya yang menangis hingga hilang suara. Pegi rumahnya selepas solat Jumaat.  Bersama-sama bapanya baca surah Yaasin. Minta dia tabur garam keliling dalam rumah. Air yang didoakan minta anaknya minum. Alhamdu lillah diam, pulih sediakala.

Felda Bukir Apeng

Seorang ustazah beritahu anak rakannya menangis tanpa henti seolah melihat sesuatu.  Aku pergi ke Felda  Bukit Apeng.  Bersama bapa bayi..baca surah Yaasiin. Minta dia tabur garam keliling dalam rumah. Minumkan air yg dah dibacakan doa.  Alhamdu lillah diam, pulih sediakala.

Jurulatih PSSCM

Rakanku kata adik iparnya seorang jrulatih PSSCM , anaknya menangis setiap hari sampai serak tak keluar suara. Seperti biasa kuminta seluruh isi rumah keluar (pergi rumah jiran dsb) dan aku dan bapa bayi baca surah Yaasiin . Minta dia tabur garam keliling dalam rumah dan minumkan air yang telah didoakan. Alhamdu lillah sihat pulih sediakala.




No comments: