Thursday, January 28, 2021

MAKNA

      Hari ni terlintas satu ilham


      Sesetengah orang yg kenal Tuhan bukan mengasingkan diri dan sengaja jadi gila.

    Tapi akhirnya tiada yang boleh dijadikan saudara asbab tiada yang kenal Tuhan sepertinya. Hidup jadi sunyi sebab tak ada orang mahu bercakap atau bermuzakarah tentang kebesaran Tuhan, kasih sayang Tuhan.

    Hidup sangat2 tidak ada makna kalau dalam sehari tiada sembang tentang Allah dan Muhammad. Cuba try test. Amat mendukacitakan apabila kita lihat wajah2 yang sangat meluat apabila kita mula sembang tentang Allah dan Muhammad. 

    Mana ada sembang yang paling istimewa dunia dan akhirat kecuali sembang tentang Allah dan Muhammad?  Tapi depa lebih best sembang selain Allah dan Muhammad. Member kata depa lebih suka sembang perkara 'lagha'.

    Nak buat lagu mana kan? Sebab tu manusia2 yang cinta amat kepada Allah dan Muhammad ambil keputusan pergi jauh seperti ke dalam hutan dsb supaya dapat sembang lama2 dengan manusia yang benar2 kenal Allah dan Muhammad seperti dirinya. Siapa manusia itu? Ya! Dirinya sendiri! Soalan dan jawapan semua dah ada dalam diri.  Sebab Allah amat kasih kepada orang yang amat kasih kepadaNya dan RasulNya. Mana mungkin jadi sesat melainkan jalan yang lurus sentiasa terbentang untuknya.

    Tak sesat selagi dalam jalan syariat Muhammad saw.

No comments: