Monday, January 25, 2021

PERISTIWA ITU

 

PERISTIWA ITU

Entah bagaimana usul asal mulanya tiada begitu aku ingat.  Ringkas kisahnya dia memandang suka kepada aku.  Aku hanya diberitahu jirannya menyihirnya. Aku tidak pandai hal ini. Aku dengar saja.

Entah apa terjadi timbul fitnah pula. Rakannya kata aku ganggu seolah memikatnya. Allahu akbar! Apa yang berlaku di belakangku sampai jadi begini aku tidak tahu. Mereka buat apa?

Kumahu jumpa 4 mata dia dengan rakan fitnah itu. Yang fitnah aku. Entah mengapa dia yang suka aku tu berubah wajah tiba2 sebaik aku baca doa. Badannya seperti terikat. MasyaAllah. Aku tidak pandai apa-apa.

Si pemfitnah mohon ampun sungguh2. Mahu ajak rakan2 sipemfitnah utk mohon ampun kepada aku.  Aku tidak mahu. Aku khuatir hambur kata amarah. Allah tidak suka. Cukup aku kata aku sudah maafkan segalanya.

Semoga dipermudah Allah.

 

No comments: