Monday, January 25, 2021

KAJIAN PERIBADI 2 – DOA

 

KAJIAN PERIBADI 2 – DOA

    Salam, tumpang tanya, ada sesiapa yang tahu ayat Tawassul Silat Cekak? Asal usulnya dari mana? Aku agak sejak zaman para sahabat sebab ada kisah tentang itu. Almarhum YMGU pernah cerita. Yang aku fikir kita dapat di Tanah Melayu ni dari Panglima Ismail. Panglima Ismail ialah panglima kerajaan negeri Kedah dan tempatnya di istana. 

    Sejarah menunjukkan ketika penyebaran Islam ke Tanah Melayu, para sahabat juga masuk ke istana. Diterima jadi menantu Sultan. Sebab tu raja-raja Melayu semuanya bersanad sampai kepada Rasulullah saw. Jadi tak mustahil doa Tawassul ini juga sampai kepada Panglima Ismail melalui mereka yang terdahulu ini. 

    Berkenaan kisah YMGU pernah cerita, ada satu majlis ijazah tamat, tiba-tiba seorang ahli duduk di satu sudut rumah persatuan dan menangis. Apabila YMGU tanya, dia kata, "Dah lama dia mencari amalan ini.  Rupa-rupanya ada dalam Silat Cekak. Ahli tu pernah kaji ayat tawassul ni ketika belajar di Mesir tak silap. Kemudian selepas belajar silat Cekak, dapat ayat amalan ni masa majlis tamat. Ahli tamat tu kata, ayat tawassul ni amalan para sahabat.

Subhanallah.

 

No comments: