Monday, January 25, 2021

KAJIAN PERIBADI 1 – DNA

 

KAJIAN PERIBADI 1 – DNA

    Suatu masa dulu aku pernah jemput penceramah hebat cakap berapi meletup-letup yakin 100% penyampaiannya di dalam satu ceramah motivasi keibubapaan .

 Dia timbulkan persoalan kenapa 25 para Rasul namanya nama Melayu? Nama Arab tiada bin.  Di dalam dunia ini bangsa Melayu saja ada bin. 

    So dengan mata ternaik ke atas (sebab boring) akupun salah seorang yang tak tahulah nak jawab  macam juga mak2 bapak2 peserta motivasi keibubapaan tu.  Oleh sebab boring dan tahu orang itu akan cantas balik kalau aku mintak bukti, so tiada jawapan. Dia tak bagi jawapan sampai sudah.  So, jalan terbaik ialah diam dan bersabar.  

    So..dengan izin Allah maha kuasa, aku rasa hari ini , 4 Januari 2021 Allah beri jawapan kepada aku. Tadi, aku tengok video kajian DNA Melayu dan Islam. Lepas tu tengok pula video Melayu wujud di seluruh dunia. Dari segi sejarahnya, satu masa dulu Malaysia dan Nusantara mengalami banjir besar. Penduduk Tanah Melayu berhijrah ke serata dunia. Kajian menunjukkan sebahagian besar bangsa di dunia ialah cabang dari keturunan Melayu. 

    Melayu bukan cabang kerununan lain sebab Melayu adalah juga bangsa tertua di dunia. Penghijrahan itulah menyebabkan Melayu bertebar ke seluruh dunia termasuk Afrika Selatan dan Jepun.  Jadi otak aku berfikir (izin Allah). Masa aku ke Gunung Ledang, Mount Ophir (Dalam Taurat) antara gunung yang tidak tenggelam masa banjir besar. Aku yakin banjir itu zaman Nabi Nuh. Dan aku yakin sebahagian penduduk Tanah Melayu yang masih ada bertunjang dari baki yang masih selamat di Gunung Ledang (mungkin gunung2 yang tinggi yang lain). 

    Dan...tidak mustahil Melayu juga tentu sudah sampai ke tanah Arab melahirkan Rasul2 yang menggunakan bin itu tadi. Allahu akbar! Serta-merta aku tadah tangan dan aku ucap "Terima kasih Allah". kerana telah berikan aku jawapan ini. Mengukuhkan lagi sabda Rasulullah saw yang mengalirkan air mata kerana rindukan ikhwannya. Sambil menghalakan tangannya mengarah ke sebelah timur...ya siapa ihkwan baginda jika bukan yang namanya ada bin dan tidak pernah pula berjumpa baginda tapi amat-amat rindukan baginda kerana naluri dan darahnya ada dalam tubuh-tubuh ikhwan ini. Allahu akbar! Terima kasih Allah.. Terima kasih Allah. Terima aksih Allah. Allahu Akbar!.



No comments: