Monday, January 25, 2021

ZAUK

 

ZAUK

27.12.2020 

Sejak peristiwa itu...

(Dalam usia lebih kurang 14 atau 15 tahun, selepas solat terawih, imam akan baca doa..dan antara isi doanya , "Ya Allah, Kau terimalah..apalah kiranya berikan kasihanmu kepada kami..ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau maha pengampun, ampunkanlah kami...")

Aku hayati..fahami..rasai..

Aku rapatkan mata menikmati , menghayati..

Tiba-tiba

Datang satu rasa dalam hati...

Jauhhhh dalam hati

Nikmat (hanya istilahnya nikmat sedangkan lebih daripada itu. Tak tahu nak istilahkan apa)

Sangat nikmat...hingga jika dengan rasa itu sahaja, kita tak perlu makan, tak perlu minum, tak perlu tidur dan tak perlu bekerja..kita boleh terus hidup..Allahu akbar!

Aku rasa tak tertahan2 nikmatnya hingga rasa mahu dilepaskan dengan raungan yang kuat...keras-keras asbab rasa yang amat2 menggembirakan, amat2 seronok dan rasa mahu menangis.

Namun Allah bagi pinjam sahaja..bukan mutlak..

Aku manusia biasa.

Selepas peristiwa itu..aku sentiasa perhati orang..terus perhati orang sebab mahu kongsi cerita ini..pernah aku kongsi tapi orang seperti dengar sambil lewa seolah aku syok sendiri..Lalu aku simpan sendiri..Aku perhati orang sebab rasa nak kongsi cerita. Tapi tak jadi cerita.

Rasa nak cerita tapi aku yakin orang takkan faham cerita aku

Tapi kalau aku tak cerita , macamana orang nak faham?

Berpuluh tahun aku cerita namun orang tak faham.. dan

Akhirnya aku dapat JAWAPAN atas apa yang terjadi

Allah hanya mahu aku bercerita denganNya. Buat apa aku cari manusia sebab manusia makhluk yang lemah..amat terbatas mindanya.

Maka

Yang paling tepat dan terbaik tentulah Dia yang Maha tahu segala-galanya. Aku puas hati. 

kerana

rasa ini Dia juga yang menciptanya

sentiasa ingat setiap detik setiap saat kepadaNya

Sentiasa dan

sentiasa.

No comments: